Isu scammer bukanlah sesuatu perkara yang baru dalam kalangan masyarakat kita hari ini. Pihak yang tidak bertanggungjawab mula menggunakan pelbagai helah untuk memperdayakan mangsa sekali gus meraih keuntungan dan kemahuan dengan cara mudah.
Jika sebelum ini pengarah, Michael Ang bengang apabila terima panggilan daripada scammer menyuruhnya melangsaikan saman pengangkutan. Terbaru, pengarah itu berkongsi pula beberapa bukti Whatsapp yang diterima olehnya menerusi Direct Message (DM) mengenai scammer yang menggunakan nama dan fotonya untuk memikat para wanita.
Pakai la orang yang elok dan handsome
Menurut Michael Ang, kali ini dia sangat terhibur apabila scammer sanggup menggunakan nama dan fotonya demi memikat para wanita di luar sana. Tambahnya, ramai lagi individu yang elok dan handsome yang mereka boleh pilih. Namun, pemilihan untuk menjadi dirinya merupakan satu tindakan yang tidak tepat. Pada masa yang sama, dia turut memperbetulkan ejaan beach bukannya bitch yang digunakan oleh scammer dalam perbualan tersebut.
Jumpa towel tak?
Di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan netizen terhibur membaca perbualan scammer tersebut. Malah, mereka turut bertanya adakah scammer itu sudah menjumpai tualanya.
Sumber: Michael Ang