berita

Michael B Jordan Dipuji Turun Padang Sertai Demonstrasi Diskriminasi Kaum

June 11th, 2020 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Pelakon filem Black Panther, Michael B Jordan menyatakan hasratnya agar industri hiburan di Amerika Syarikat (AS) bangkit untuk menolak isu diskriminasi dan prejudis terhadap golongan berkulit gelap. Menerusi Instagram People, Michael dilihat sedang berucap di hadapan khalayak ramai dalam satu acara protes di Los Angeles.

Tidak perlu diskriminasi dan prejudis

 

View this post on Instagram

 

A post shared by People Magazine (@people) on

Menerusi video berdurasi 2:05 minit itu, Michael memberitahu dia masih bergiat aktif dalam industri hiburan. Tambahnya, sepanjang kariernya dia memperjuangkan nasib kepelbagaian kaum dalam pelbagai aspek termasuk isu perkauman, hak kesamaan jantina dan yang terbaru isu warna kulit. Michael turut menyeru semua individu tidak perlu diskriminasi dan prejudis terhadap mana-mana individu lain.

Saya gunakan kemampuan yang saya ada untuk perjuangkan kepelbagaian kaum dalam pelbagai aspek. Inilah masanya untuk studio, semua agensi dan premis yang ada di depan kita lakukan perkara sama. Anda aplikasikan kesamaan jantina pada 2020. Jadi, kenapa menjadi kekangan untuk mengambil pekerja berkulit hitam?

Ujarnya lagi, perhimpunan tersebut diadakan sebagai lambang protes terhadap kematian George Floyd. Ucapan yang diberikan turut menentang kekerasan pihak polis dan memperjuangkan keadilan kaum itu juga.

Bersama-sama ganding bahu

Pada masa yang sama, Michael berkongsi beberapa watak yang pernah dilakonkannya dan benar-benar memberi kesan kepada kehidupan masyarakat hari ini.

Salah satu watak yang pernah saya bawa adalah sebagai Oscar Grant yang dibunuh polis di stesen kereta api di Oakland. Saya berpeluang menjiwai dirinya dan merasakan sendiri kesakitan yang dialami keluarga terutamanya anak dan ibunya. Saya juga pernah mainkan peranan sebagai pegawai bomba dalam Fahrenheit 451 yang ingin tahu beberapa maklumat dan menyertai revolusi. Dengan menerbitkan filem itu, saya nampak dengan jelas sejauh mana kerajaan dan pihak berkuasa akan cuba untuk sembunyikan maklumat-maklumat itu.

Saya juga berpeluang dan berbesar hati memegang watak sebagai Bryan Stevenson yang mendedikasikan hidupnya menentang sistem perkauman yang ada hari ini. Secara tak langsung, saya belajar taktik, mentaliti dan pendekatan yang dilakukannya dengan sangat tenang, strategik dan memahami.

Michael memberitahu bahawa sehingga hari ini dia memberi sokongan buat semua individu dan setiap individu juga perlu bersama-sama berganding bahu dan memberikan sokongan antara satu sama lain.

Sumber: People

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×