Pelakon Tan Sri Michelle Yeoh berjaya mencuri tumpuan netizen apabila berkongsi sebuah foto memegang kaki bayi sempena awal tahun 2024.
Artikel Berkaitan: Michelle Yeoh Kahwin Dengan Ketua Pegawai Eksekutif Ferrari, Jean Todt
Sedikit keajaiban
Sedikit keajaiban pada hari pertama 2024. Kami sangat diberkati. Tidak dapat memberitahu anda betapa gembiranya saya untuk kegembiraan yang sangat istimewa ini.
Menerusi posting tersebut, Michelle berkata dia sangat gembira melihat kehadiran bayi tersebut. Tambahnya, ia seperti keajaiban yang berlaku pada hari pertama tahun 2024. Walau bagaimanapun, Michelle tidak mendedahkan sebarang info lanjut mengenai bayi berkenaan.
Menjengah di ruangan komen, segelintir netizen bertanya sama ada Michelle melahirkan bayi berkenaan ataupun mengambilnya sebagai anak angkat. Bahkan, ada yang beranggapan bahawa foto tersebut merupakan cucunya.
Sumber: Michelle Yeoh