berita

Mid Valley Dah Ada OUTPOZT – Dapatkan Pakaian & Produk Penjagaan Diri Dengan Harga Berpatutan!

September 28th, 2020 | by Intan Mahsuri
Shout Out!

Dah jadi rutin rakyat Malaysia untuk membeli-belah barang keperluan harian hampir setiap bulan terutamanya bila nak restock produk penjagaan diri dan wajah.

Tak dinafikan juga, ada dalam kalangan kita yang gemar tambah stok pakaian. Maklumlah, ada sesetengah orang gemar nak tampil dengan gaya dan fesyen terkini. Maka, keraplah shopping sikit.

Ha, sebab inilah Mid Valley Megamall komited dalam usaha menyediakan pilihan produk yang terbaik untuk korang dengan harga mampu milik.

Lebih banyak pilihan dengan OUTPOZT

Bagi korang yang masih belum sempat berkunjung ke Mid Valley, sekarang Mid Valley Megamall dah ada satu bahagian center shop yang dikenali sebagai OUTPOZT.

Menariknya di OUTPOZT, mereka menawarkan pelbagai pilihan pakaian dan beauty care untuk semua peringkat umur. Dari yang muda hinggalah yang dah berusia. Antara retailer yang ada di OUTPOZT ialah SPAO, PLAY UP dan 7DAYZ. 

Ada pelbagai pilihan pakaian lelaki dan wanita di SPAO & 7DAYZ!

Bagi korang yang gemarkan fashion kasual sesuai digayakan ke mana sahaja SPAO & 7DAYZ adalah butik pakaian yang tepat untuk korang kunjungi.

Especially, bagi korang yang suka korean fashion style, SPAO adalah tempat terbaik untuk mendapatkan pakaian terkini dan on trend di Korea.

Manakala, 7DAYZ pula ialah kedai pakaian harian dan kasual bagi semua peringkat umur dari kanak berumur 3 tahun sehinggalah orang dewasa.

PLAY UP tawar produk penjagaan wajah terbaik termasuklah produk kosmetik

Di OUTPOZT korang juga boleh mendapatkan produk penjagaan wajah dan kosmetik di PLAY UP store. Untuk pengetahuan korang, kebanyakan produk yang dijual di sini adalah produk-produk dari jenama penjagaan wajah yang famous di Asia seperti the SAEM dan banyak lagi jenama lain.

Antara koleksi produk the SAEM yang mendapat tempat dihati pengguna ialah the SAEM Harakeke. Menariknya Harakeke ini adalah 100% menggunakan ekstrak Harakeke dari New Zealand berbanding air biasa. Justeru itu, ia memberikan lebih kelembapan dan kebaikan.

 

Jadi, apa lagi yang korang tunggu? Jom singgah ke OUTPOZT Mid Valley Megamall sekarang juga dan rasai sendiri pengalaman membeli-belah di sana.

Untuk warga johor dan korang yang tinggal berdekatan dengan negeri Johor, stay tuned, okay? Tak lama lagi OUTPOZT bakal dibuka di Johor Bahru. Bila? Yang tu korang Kena la follow social media diorang untuk info terkini.

Untuk maklumat lanjut berkaitan OUTPOZT korang boleh klik link di bawah. diorang.

Facebook: OUTPOZT

Instagram: @outpoztmy

SKIP THIS AD ×