berita

Miera Leyana Kembali Beraksi Di Dapur, Sediakan Kuih Keria Kegemaran Suami Tercinta

October 5th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Pelakon Miera Leyana sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila dia menunjukkan skill memasaknya.

Artikel Berkaitan: Miera Liyana Kenyangkan Perut Suami Sebelum Balik Mengundi

Artikel Berkaitan: ‘Rumah Tangga Suami & Madu Memang Bermasalah, Saya Tak Masuk Campur’ – Miera Leyana

Kuih keria untuk suami

Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Miera akui sudah lama tidak berkongsi video dia beraksi di dapur kepada pengikutnya.

Justeru, aktres itu memuat naik beberapa video pendek memaparkan dirinya sedang menyediakan juadah kegemaran suaminya, Rosland Othman iaitu kuih keria.

Rasa macam lama tak upload video memasak, sebab sibuk betul sejak kebelakangan ini.

Jadi ini saya buat kuih kegemaran suami saya, kuih keria.

Sementara itu, menerusi beberapa siri hantaran pada entri sama, Mira turut menunjukkan cara-cara menyediakan makanan tersebut.

Terdahulu, video memperlihatkan Miera menyediakan dua masakan iaitu asam pedas ikan bawal emas dan daging goreng kunyit garing kepada suaminya turut menyorot perhatian netizen.

Untuk info, Miera dan Rosland berkahwin pada 25 Julai 2020 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak perempuan.

Sementara itu, pada 3 Ogos lalu, Rosland telah menceraikan isteri pertamanya, Adibah Mutalib dengan talak satu.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×