berita

Miera Liyana Kenyangkan Perut Suami Sebelum Balik Mengundi

August 12th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

miera liyana masak

Datang daripada keluarga yang berada tidak menjadi penghalang buat pelakon Miera Liyana untuk belajar memasak meskipun boleh diserahkan ‘bulat bulat’ kepada pembantu rumah atau maid.

Artikel Berkaitan: ‘Rumah Tangga Suami & Madu Memang Bermasalah, Saya Tak Masuk Campur’ – Miera Leyana

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siang Suami Ceraikan Isteri Pertama, Malam Miera Liyana Keluar ‘Dinner’ Satu Keluarga

Jaga perut suami

Miera Masak

Terbaru, aktres berumur 30 tahun ini menunjukkan bakat memasak di dapur. Menerusi Instagram Stories, Miera memuat naik beberapa video yang memaparkan dia sedang menyediakan menu makan tengah hari buat suami tercinta, Rosland Othman.

Menurut Miera atau nama sebenarnya Miera Leyana Datuk Seri Kasmi, suaminya itu akan pulang mengundi di Seremban.

Masak sempoi suami nak balik mengundi di Seremban.

Dalam rakaman terbabit, ibu kepada seorang cahaya mata ini memasak dua masakan iaitu asam pedas ikan bawal emas dan daging goreng kunyit garing.

Pelakon drama Luna Fantasiku juga dilihat sempat berseloroh dengan mak cik bawang.

Daging yang dah goreng tadi campak ja inside the mak cik bawang.

Pada 3 Ogos lalu, nama Miera menjadi sorotan netizen apabila suaminya menceraikan isteri pertama, Adibah Abdul Mutalib, dengan talak satu selepas 28 tahun mendirikan rumah tangga.

Miera dan Rosland berkahwin pada 25 Julai 2020 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak perempuan.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×