Kes harian Covid-19 yang semakin meningkat setiap hari seolah ‘petanda’ awal penganut Islam di Malaysia bakal dihalang daripada merentas negeri untuk pulang ke kampung halaman merayakan sambutan Aidilfitri.
Di media sosial, ramai yang mula meluahkan rasa kecewa dengan beberapa keputusan kerajaan dalam menangani pandemik ini. Mana tidaknya, sudah beberapa bulan rakyat Malaysia tidak dibenarkan merentas negeri untuk berjumpa ibu bapa dan keluarga tersayang melainkan atas urusan pekerjaan, kecemasan, dan pelancongan bagi sesetengah negeri.
Berat mata memandang
View this post on Instagram
Di Instagram, penyanyi, Mila Jirin memuat naik satu posting yang menunjukkan seorang ayah sedang menangis kerana terlalu rindu pada anak-anaknya. Menerusi video tersebut juga, salah seorang daripada anak warga emas itu cuba menenangkan ayahnya agar tidak menangis lagi. Tambah anak tersebut, suatu hari nanti mereka sekeluarga pasti berkumpul semula.
Sedih melihat video tersebut, Mila melontarkan pendapatnya agar kerajaan memberi kebenaran rentas negeri. Mila mencadangkan individu yang telah membuat swab test diberi kebenaran merentas negeri berjumpa ibu bapa.
Majlis Keselamatan Negara (MKN) tak boleh ke buat SOP ‘wajib swab test dan negatif’ beri kebenaran apply rentas negeri balik rumah ibu bapa sahaja buat mereka yang betul-betul perlu balik. Berat mata kita memandang, berat lagi bahu memikul.
Harap ada berita gembira
Setuju, hargailah masa orang tua yang masih ada.
Kerinduan ibu bapa lebih mematikan daripada Covid-19.
Sedihnya rindu mak ayah dekat kampung dah. Harap ada berita gembira.
Rata-rata rakan artis dan netizen meninggalkan komen sedih bahawa mereka turut merasai perasaan warga emas tersebut. Malah, ada juga yang masih berharap bahawa pihak kerajaan akan mengumumkan berita yang baik tidak lama lagi.
Sumber: Mila Jirin