berita

Mila Jirin Tak Bagi Anak Jalani Ujian Klinikal Vaksin Covid-19, Wargamaya Turut Suarakan Pendapat – ‘Sakit Czer Bersalin Tak Habis Lagi’

October 28th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Baru-baru ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, menyuarakan rancangan bagi menjalankan ujian klinikal vaksin Covid-19 Sinovac terhadap kanak-kanak berusia tiga hingga 11 tahun.

Menurut Khairy, Malaysia dipilih antara lokasi ujian klinikal vaksin Covid-19 Sinovac untuk kanak-kanak yang bakal dimulakan hujung bulan ini.

Tak akan biarkan anak sertai ujian

Penyanyi dan usahawan Mila Jirin tampil menyuarakan pendapatnya mengenai kajian itu. Mila, 33, memohon maaf kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana dia tidak bersetuju anak lelakinya menyertai ujian klinikal tersebut.

Tegas pemilik nama Norsyarmilla Jirin, dia bukan seorang antivaksin tetapi untuk kanak-kanak menyertai ujian tersebut sebagai ibu tidak akan membiarkan sama sekali.

Maaf KKM, kami ibu bapa tidak akan biarkan anak kami sertai ujian (klinikal vaksin Covid-19). Harap maklum.

Saya bukan antivaksin. Saya sudah pun divaksinasi untuk mencapai imuniti kelompok vaksin. Tetapi untuk kanak-kanak, saya tetap katakan tidak.

Cukup suami isteri dah vaksin

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet menyuarakan pelbagai reaksi dan pendapat. Ada segelintir yang bersetuju dan ada juga yang membantah kerana merasakan merbahaya untuk kanak-kanak terlibat dalam ujian tersebut.

Sumber: Instagram @mila_jirin

SKIP THIS AD ×