Ratu cantik Rusia dan finalis Miss Dubai iaitu Kristina Dukhina ditahan polis selepas didakwa atas kesalahan mengedar dadah. Dadah tersebut ditemui pihak berkuasa di kediamannya.
Miliki dadah lebih setengah kg
Difahamkan, Kristina Dukhina telah ditahan selepas pihak berkuasa menemui lebih setengah kilogram (kg) dadah jenis mephedrone di apartmennya yang terletak di kawasan elit di Moscow. Menurut sumber, pemilik agensi model yang berusia 34 tahun ini disyaki mengedar dadah dan jika sabit kesalahan, dia bakal berdepan hukuman penjara selama 20 tahun. Bagaimanapun, siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan.
Sebagai rekod, ibu kepada dua anak ini pernah menjadi naib juara dalam pertandingan Miss Dubai 2019 dan juga pemenang Grand Prix Miss Federation serta memenangi hadiah utama dalam satu pertandingan ratu cantik Rusia pada 2020. Kristina juga mempunyai agensi peragaannya sendiri iaitu Black Sea Models yang terletak di Crimea.
Sumber: Daily Mail, Daily Star