berita

Miliki Paras Rupa Ayu & Menawan, Young Syefura Jadi Tumpuan Ketika Majlis Angkat Sumpah – ‘YB Ke Pramugari Ni?’

December 20th, 2022 | by Wani
Kini Trending

Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai majlis mengangkat sumpah Ahli-Ahli Parlimen di Dewan Rakyat, semalam. Menerusi majlis tersebut, Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman berjaya mencuri tumpuan netizen dek kerana rupa parasnya yang menawan. Cantiknya YB!

Artikel Berkaitan: Covid-19: Tak Henti Beri Bantuan Barangan Keperluan Kepada Penduduk, ADUN Wanita Ini Dipuji

Artikel Berkaitan: Balingan Suar, Kerusi Melayang Cemari Perlawanan Malaysia-Indonesia, Siapa Yang Mula Dulu?

Pramugari ke?

@sayaygbekerja

#parlimenmalaysia #kerajaanYDPA #ybrara

? original sound – Berkhidmat untuk Rakyat – Berkhidmat untuk Rakyat

Menerusi video yang dimuat naik seorang individu di Tiktok, kelihatan YB Rara sedang membaca ikrar mengangkat sumpah dengan memperagakan pakaian berwarna merah jambu dan bertudung bawal. Penampilannya itu dipuji oleh kebanyakan netizen di rungan komen.

Dalam pujian yang dilontarkan, rata-rata warganet juga turut mendoakan supaya YB Rara dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik.

Menjenguk ke ruangan komen, netizen sempat berseloroh dengan menyatakan muka YB rara mirip penyanyi Wany Hasrita yang juga memiliki rupa paras yang menawan.

Sumber: Tiktok @sayaygbekerja

SKIP THIS AD ×