Pasukan negara berjaya membenamkan Indonesia 2-0 dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil yang berlangsung malam Selasa. Disebalik kemenangan itu, insiden lontaran suar (flare) sedikit sebanyak mencemarkan nama tuan rumah sehingga menimbulkan perdebatan dari mana suar itu bermula.
Bermula selepas Malaysia jaring gol pertama
Penyokong Indonesia membaling beberapa suar ke arah penyokong Malaysia sebaik saja Malaysia menjaringkan gol pertama pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.#BHSukan #PialaDunia2022 / #PialaAsia2023 pic.twitter.com/nMId7Tjn1W
— Berita Harian (@bharianmy) November 19, 2019
Berita Harian menerusi Twitternya memuatnaik video penyokong Indonesia yang dirakam membaling suar berkenaan setelah Safawi Rasid menyumbang gol pertama negara pada minit ke-29.
Ada dakwaan bermula dari tuan rumah
Iya, tangkap tu yang mula baling flare pic.twitter.com/WIVIiSptct
— Syafaat A (@syafaat_ast) November 19, 2019
Bagaimanapun, ada video yang membuktikan suar tersebut dibaling ke arah penyokong Indonesia yang kemudiannya dibaling kembali oleh penyokong terbabit.
Tweet ADUN Ketari undang pertikaian
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ketari, Young Syefura Othman yang memuatnaik foto suar yang telah dibaling dengan kapsyen ‘Memalukan’ mengundang pertikaian netizen. Ada yang bersetuju dan tidak kurang juga membangkang kenyataan itu.
Tak datang stadium jangan pala tau
Turut dibaling kerusi
Ado ni pic.twitter.com/5CFzBhBPSf
— Jang (@AiHakim) November 19, 2019
Dalam pada itu, penyokong Indonesia juga telah bertindak biadap dengan menanggalkan kerusi stadium dan membalingnya ke arah penyokong Ultras Malaya. Video kelakuan itu turut dimuatnaik pengguna Twitter semalam sekaligus menambahkan kemarahan tuan rumah.
Sumber: Twitter