berita

Miliki Rumah Teres 2 Tingkat Dengan Harga Bermula RM 474K* + HOC 2020 + Kawalan Keselamatan & Berpagar

August 11th, 2020 | by Intan Mahsuri
Shout Out!

Sudah menjadi impian setiap individu untuk memiliki kediaman dengan persekitaran yang menenangkan namun, dalam masa yang sama lengkap dengan pelbagai kemudahan.

Inilah kelebihan Clivia, Scientex Rawang. Harga yang ditawarkan bukan sahaja berpatutan tetapi diorang ada promosi hebat untuk korang. Berikut adalah kelebihan Clivia Scientex Rawang:

Scientex Rawang – Rumah Teres 2 Tingkat (Fasa akhir)

Miliki rumah idaman korang dengan hanya RM 1000*! Jom tempah sekarang!

  • Harga bermula dari RM 474K*
  • Percuma yuran guaman
  • Hak milik kekal
  • Dikawal oleh pengawal keselamatan
  • Jarak jalan kaki hanya 800 meter ke Aeon Rawang
  • Hanya 3KM ke Plaza Tol Rawang
  • Kawasan tak padat

Ha! Rumah kan pelaburan terbaik untuk masa depan, kalau tak duduk sendiri, boleh je bagi sewa. Yang penting Scientex Rawang tawakan kemudahan yang tiptop untuk korang semua.

Lengkap dengan pelbagai kemudahan

 

Bila kita nak beli rumah, antara perkara yang kita titik beratkan ialah kawasan persekitaran, kemudahan berdekatan dan yang disediakan, dekat atau tak dengan lebuhraya? Betul tak? Bukan apa, Kalau rumah cantik tapi kemudahan yang ada tu terhad, rugi jugak sebab nak beli apa-apa kena keluar jauh.

Fasa 2, Scientex Rawang, adalah projek perumahan 2 tingkat dengan hak milik kekal yang tak akan mengecewakan korang. Korang wajib usha projek perumahan ni. Kenapa? Pertama, projek ni dibangunkan ditengah-tengah bandar Rawang. Memang dekat kalau nak kemana-kemana. Nak pergi AEON Rawang cuma 800 meter je. Jalan kaki je wei, dah sampai.

Tak nak pergi AEON? Korang boleh je shopping barang keperluan rumah di Pekan Rawang, Tesco Rawang, Mydin atau Giant Hypermarket. Pilih je mana korang nak shopping. Semua dekat.

Tambahan pula, dengan adanya skim Home Ownership campaign 2020, HOC 2020 korang dah tak perlu bayar 10% downpayment rumah. Selain itu legal fees, SPA dan MOT stamp duty semuanya pecuma je.

Hal ini demikian kerana, skim ini korang juga akan dikecualikan daripada membayar stamp duty bagi pinjaman perumahan yang telah dipesetujui melalui Sales and Purchase Agreement, SPA berkuat kuasa dari 1 Jun 2020 hingga 31 Mei 2021.

Clivia Series- Rumah teres 2 tingkat idaman korang!

Lebih menarik lagi, kawasan Scientex Rawang ni ialah kawasan yang sangat selesa di diami, tidak padat dengan penduduk.  Harga yang ditawarkan bermula pada RM 474K* memang sangat berbaloi dengan keluasan rumah iaitu, 1735 kaki persegi. Free hold pulak tu. Berbaloi sangat!

Bila waktu sesuai untuk dapatkan kediaman macam ni? Sekarang la masanya! Ekoran kempen Home Ownership campaign 2020, HOC 2020″, korang wajib tahu kenapa korang tak boleh terlepas untuk memiliki kediaman di Scientex Rawang sekarang. Ini la sebabnya:

  • Harga berpatutan
  • Lokasi strategik
  • Kadar faedah bank rendah
  • Freehold properties
  • Landed properties
  • Pembangun yang boleh dipercayai
  • Potensi tinggi dalam pulangan
  • Rebat khas*

*Tertakluk pada terma dan syarat

Disamping itu, kawasan perumahan ini merupakan gated houseBukan biasa-biasa tau, memang selamat sangat untuk korang membesarkan anak-anak korang yang masih kecil.

Dekat dengan Lebuhraya, mudah nak kemana-mana!

Lagipun, mudah korang nak gerak ke mana saja, especially nak pegi kerja. Ye la, jarak Scientex Rawang nak ke Plaza Tol Rawang cuma 3 kilometer sahaja.

Mudah sangat untuk korang akses Lebuhraya Utara-Selatan, Expressway KL-Kuala Selangor (LATAR), Expressway Koridor Guthrie dan Jalang Rawang. Bagi yang nak guna Lebuhraya New Klang Valley Expressway (NKVE) dan Jalan Kuching pun jangan risau, sebab semua lebuhraya ni bedekatan dan boleh diakses bersama.

Bagi yang gemar gunakan pengangkutan awam, KTM Rawang juga berdekatan. Tak jauh. Mudah korang nak ke mana-mana.

Ada pakej promosi & percuma legal fee!

Korang yang buat tempahan awal, akan dapat pakej promosi istimewa daripada Scientex. Bayaran bulanan pula cuma RM 1,6XX sahaja. Paling penting, legal fee percuma.

Bukan itu sahaja, lokasi Clivia yang hanya 3KM dari tol Rawang memang convenience sangat. Kawasan ni juga low density, penduduk tak padat la katakan, gated & guarded & nak ke Aeon Rawang cuma 800 meter ja. Rugi gila kalau tak beli, lokasi strategik ni.

Scientex adalah syarikat pemaju perumahan yang telah menyiapkan lebih 21,533 unit rumah mampu milik, sehingga Julai 2020. Scientex berharap menjelang tahun 2028, 50,000 unit rumah mampu milik dapat dibina bagi memenuhi keperluan pelanggan di luar sana.

Apa lagi yang korang semua tunggu, jom singgah ke galeri Scientex Rawang hari ni juga, nak dapatkan lebih info mengenai Scientex Rawang? Korang boleh klik link dibawah atau hubungi diorang ye. Jangan lupa patuhi SOP PKPP ye.

Website: Scientex Rawang

Facebook: Scientex Rawang

No telefon: 0174851889

Whatsapp: https://api.whatsapp.com/send?phone=60174851889

Waze: Scientex Rawang Sales Gallery

SKIP THIS AD ×