berita

Miliki Wajah Seiras, Netizen Teka Idris Khan & Ali Reza Kembar – ‘Sama Lah!’

May 18th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending


Perkongsian terbaharu di Instagram milik pelakon Idris Khan mencuri perhatian ramai selepas dia memuat naik foto bersama seorang aktor meningkat naik, Ali Reza.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Bukan Suami Orang’ – Idris Khan Nafi Sudah Berkahwin

Artikel Berkaitan: Idris Khan Nafi ‘Main’ Tinder & Bumble, Minta Report Kalau Jumpa – ‘Motif Nak Cari Jodoh Dekat Situ?’

Kembar?

Menerusi hantaran tersebut, Idris dan Ali kelihatan seakan kembar apabila wajah mereka begitu seiras pada beberapa gambar yang dikongsikan.

Malah, ketinggian, gaya rambut dan misai yang dimiliki kedua-dua aktor kacak itu juga seakan sama.

Menerusi ruangan kapsyen, pemilik nama penuh Idris Khan Abdul Ghaffar Khan berkata mereka serupa tetapi tidak sama.

Sama tapi tidak serupa.

Reaksi netizen

Perkongsian tersebut juga telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan wargamaya termasuk kalangan selebriti.

Rata-rata mereka yang singgah ke ruangan balas bersetuju mengatakan Idris dan Ali kelihatan sangat mirip.

Malah, ada yang mendakwa mereka adalah pasangan kembar.

Bagaimanapun, dipercayai Idris dan Ali mempunyai hubungan persaudaraan yang mana mereka sebenarnya adalah sepupu.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×