Pelakon cantik Amelia Henderson sentiasa mencuri tumpuan wargamaya di media sosial.
Artikel Berkaitan: ‘Pengganti Untuk Teman Hidup? Saya Boleh Temankan Diri Sendiri ..’ – Amelia Henderson
Artikel Berkaitan: Amelia Henderson Kongsi Diri Terluka, Peminat Bagi Kata Semangat – ‘Kami Akan Sentiasa Ada Untuk Awak’
Nak masuk meminang
Baru-baru ini, Amelia, 27, berkongsi sebuah video di TikTok yang memaparkan transisi penampilannya daripada sekadar memakai ‘bathrobe’ kepada gaun untuk ke pantai.
Susulan rakaman terbabit, ada peminat yang bergurau ’nakal’ apabila meluahkan keinginan untuk masuk meminang.
Kalau (aku) millionaire ni, aku dah masuk meminang dah ni.
Wanita tak kejar duit
Perasan dengan kewujudan komen itu, pemilik nama Amelia Thripura Henderson membalas secara ‘halus’ dengan menyatakan individu yang bergelar jutawan belum tentu berjaya memenangi hatinya.
Kalau millionaire (berstatus jutawan) sekali pun, tak semestinya ada peluang ya.
Kenyataan itu mendapat reaksi dari pengikut yang rata-ratanya bersetuju dengan Amelia sehinggakan ‘dibawa’ ke Twitter.
Pelakon drama rantaian Kisah Cinta Kita itu membuat ciapan dengan menulis, “Golongan wanita bukan objek untuk dijual!!”
Pada tahun 2018, pelakon kacukan India-Scotland itu mendedahkan, dia dan bekas suaminya, Tunku Datuk Harrunnarasheed Putra Tunku Annuar sudah berpisah, namun enggan berkongsi tarikh sebenar mereka membawa haluan masing-masing.
Amelia mendirikan rumah tangga pada 14 Ogos 2015 selepas setahun setengah menjalin hubungan cinta. Perkahwinan yang terlerai itu bagaimanapun, tidak dikurniakan cahaya mata.
Sumber: Twitter @ameliath