Penyanyi Mimi Fly menjawab dakwaan dirinya menjalin hubungan sesama jenis dengan rakan baiknya iaitu pempengaruh, Ain Ramli gara-gara selalu membuat konten bersama.
Artikel berkaitan: Mimi Fly Belum Fikir Nak Kahwin Dengan Lelaki Afrika
Artikel berkaitan: Perkataan ‘Negro’ Disifat Biadab, Mimi Fly Risau Keluarga Kekasih Terasa Hati
Rapat macam adik-beradik
Memetik laporan Melodi, Mimi atau nama sebenar Shamimi Amalina Norisham, 37, berkata, dia sering diajukan pertanyaan mengenai hubungan rapat mereka.
Kami memang selalu kena panggil, lesbian ke? Mungkin sebab mereka tidak mengerti.
Kami memang rapat sangat-sangat sampai dah macam adik-beradik,”
Sementara itu, Ain turut menegaskan dia hanya tertarik kepada golongan lelaki.
Saya boleh mengesahkan sekarang, saya seratus peratus ‘straight’. Jika anda tak faham, lurus.
Dalam perkembangan lain, selain bakal mengeluarkan lagu baru selepas hari raya Aidilfitri, Mimi juga merupakan seorang jurulatih yoga profesional.
Alhamdulillah saya sekarang dalam ‘makmal’ tengah ‘memasak’ lagu. Insya-Allah lepas raya akan menemui anda semua.
Mimi sekarang certified yoga instructor supaya saya boleh kekalkan stamina dan fleksibiliti.
Sumber: Melodi