Pelakon Mimi Lana menyatakan sokongan penuh kepada gerakan Blockout 2024 yang sedang giat berlaku di seluruh negara ketika ini.
Artikel Berkaitan: ‘Hilang RM30K Atau RM300K Tak Ada Erti Nak Dibanding Dengan Nyawa’ – Ryzal Ibrahim
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Buat Sesuatu Itu Dengan Betul Beserta Ilmu’ – Hazeman Huzir Tegur ‘Terpaling’ Netizen
Sokong 100%
Menurut Mimi atau nama lengkapnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 29, gerakan tersebut perlu diteruskan sekiranya ia membantu ‘menggoyangkan’ jenama-jenama pro-Israel.
Perkara ini (isu boikot) sudah berlaku lama dan saya juga sedar mengenai gerakan Blockout 2024 ini.
Bukan saya sahaja yang menyedari, malah semua rakyat Malaysia pasti aware dengan isu ini. Kita semua berpihak dengan Palestin.
Saya sokong seratus peratus (gerakan Blockout 2024) kalau ia dapat membantu dan memberi tekanan kepada jenama-jenama yang terang-terangan sokong Israel.
Mimi berkata demikian ketika ditemui pada malam gala tayangan filem The Experts yang berlangsung di Sunway Velocity Mall, pada Jumaat.
Berkongsi lebih lanjut, Mimi bagaimanapun menasihati orang ramai agar tidak berseteru antara satu sama lain dalam media sosial disebabkan isu gerakan tersebut.
Tetapi janganlah kita semua jadikan isu ini sehingga rakyat Malaysia berpecah belah. Perlu tahu apa misi utama kita semua.
Perlu bersatu antara antara satu sama lain untuk bantu mereka (rakyat Gaza). Mereka perlukan suara kita semua. Bersatulah ke arah yang betul.
Gerakan Blockout bermula di pertunjukan fesyen tahunan, Met Gala 2024 yang berlangsung di New York pada 6 Mei lalu bagi menunjukkan bantahan terhadap selebriti yang tidak bersuara mengenai penindasan Zionis terhadap Palestin.
Gerakan tersebut disambut baik oleh netizen Malaysia yang juga menyenaraikan beberapa nama artis yang dipercayai melakukan kerjasama dengan jenama pro Israel.
Antara selebriti Malaysia yang tersenarai adalah Siti Saleha, Nabila Razali, Nadhir Nasar, Daiyan Trisha, Neelofa, Awal Ashaari, Scha Alyahya dan ramai lagi.
Susulan itu, rata-rata warganet mula menyahikut dan menyekat media sosial selebriti kegemaran mereka di media sosial.
Sekadar info, filem aksi heist, The Experts terbitan Astro Shaw bersama ZAK Capital dan TGV Pictures bakal menemui penonton bermula 23 Mei ini di pawagam seluruh negara.
Selain Mimi, The Experts turut dibintangi Datuk Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Maya Karin, Remy Ishak, Ray Dap Dap dan ramai lagi.