
Pelakon, Mimi Lana tampil memberikan teguran secara terbuka terhadap sikap segelintir penonton yang tidak menjaga adab ketika menonton wayang di pawagam.
Artikel Berkaitan: Mimi Lana Pesan Wanita Harus Pandai Cari Duit, Pergi Travel & ‘Enjoy’ Kehidupan – ‘Jangan Tunggu Lelaki Yang Tepat’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kita Tak Kahwin Lagi’ – Mimi Lana Kongsi Prinsip Syafiq Kyle, Kini Nikmati Manis Bergelar Isteri
Wayang
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 31, berkata terdapat segelintir penonton yang tidak menghormati individu sekeliling sehingga mengganggu keselesaan ramai.
Nak tanya kalian yang pergi tengok filem selepas itu berborak kuat-kuat tu, borak pasal apa ya?
Lepas tu yang letak kaki dekat kerusi depan, kalian penat sangat dengan kehidupan?
Kata pelakon filem Polong itu, perbuatan berkenaan bukan sahaja menjejaskan keselesaan penonton, malah mengganggu fokus mereka untuk memahami jalan cerita filem tersebut.
Kasihan dekat orang lain yang bayar tiket nak tengok, nak faham, nak fokus and nak berseronok terus terganggu dan rugi duit yang mereka berbelanja sebab nak berseronok tu.
Kena ada sedikit akal yang waras dan tolong jangan pentingkan diri sendiri.
Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya bersetuju dengan Mimi.
Segelintir mereka turut berkongsi pengalaman mereka apabila berdepan dengan situasi seperti itu.
Sumber: Threads