Pasangan pelakon iaitu Meerqeen dan Erysha Emyra menjadi topik hangat di media sosial apabila wargamaya mula tertanya-tanya status hubungan mereka berdua.
Artikel Berkaitan: ‘Hun Haqeem Baik, Lemah Lembut & Ada Ciri-Ciri Lelaki Idaman’ – Erysha Emyra
‘Jaga dia baik-baik’
Terbaharu, Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam ada memuat naik beberapa foto memaparkan momen sepanjang dia menjalani penggambaran sebuah drama adaptasi novel berjudul Cinta Untuk Sekali Lagi. Meerqeen turut berkongsi swafotonya bersama pelakon Erysha atau nama sebenarnya Nur Erysha Emyra Zakaria yang turut membintangi drama tersebut.
Namun apa yang mencuri tumpuan ramai adalah komen yang ditinggalkan pelakon, Mimi Lana pada hantaran tersebut. Mimi meminta Meerqeen untuk menjaga Erysha sebaik mungkin.
She’s my favourite!!! Jaga dia baik baik.
Komen tersebut secara tidak langsung menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan peminat mengenai status hubungan pasangan pelakon itu. Malah ada di antara mereka menganggap komen Mimi itu adalah ‘hint’ yang menguatkan lagi dakwaan ramai bahawa pasangan itu sedang dilamun cinta. Tetapi ada yang percaya bahawa keakraban Meerqeen dan Erysha hanyalah atas dasar kerja dan tidak lebih daripada ikatan persahabatan.
Terdahulu, Erysha yang merupakan anak kepada pelakon Datin Seri Noniswara menafikan dakwaan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon, Hun Haqeem. Ersyha menjelaskan hubungannya dengan Hun sekadar teman memandangkan mereka bergandingan dalam drama siri popular Chinta Wrong Direction.
Sumber: Instagram Meerqeen