Penyanyi Mimilfy berkongsi tangkap layar memaparkan perbualan terakhirnya dengan rakan seperjuangan dari kumpulan One Nation Emcees, Allahyarham Jojo.
Artikel Berkaitan: ‘Jojo Amal Selawat Sebanyak 10,000 Sehari, Semoga Pemergian Menjadi Asbab Hidayah Seluruh Alam’
Artikel Berkaitan: Jojo One Nation Emcees Meninggal Dunia, Rebah Di Masjid Ketika Perjumpaan Kumpulan Tabligh
Kawan penyayang
Menerusi perbualan tersebut, Jojo atau nama sebenar Nur Hasab Balas, 50, memuji lagu terbaharu Mimi berjudul Angkat.
Kata arwah, dia amat menyukai lagu tersebut sehingga terngiang-ngiang dalam kepalanya.
Sementara itu, Mimi menyifatkan Jojo sebagai seorang sahabat yang penyayang dan tidak pernah bersikap kasar dengan orang sekeliling.
Selamanya insan yang saya sayang. Terima kasih atas kasih sayang yang diberikan. Awak sayang semua orang.
Awak sikit pun tak pernah berkasar dengan orang. Kami yang rapat dengan Jojo banyak belajar apa itu cinta.
Mimi berkongsi tangkap layar berkenaan menerusi hantaran di Instagram Story miliknya.
Dalam pada itu, menerusi satu lagi hantaran pada entri sama, Mimi meluahkan rasa syukur apabila upacara pengebumian Jojo berjalan dengan lancar.
Dalam nada sebak, Mimi juga menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan arwah.
Pada Ahad, Allahyarham Jojo tiba-tiba rebah sebelum disahkan meninggal dunia selepas selesai bacaan doa ta’alim di Masjid Sri Petaling.
Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Jalil, kira-kira jam 6.45 petang Ahad.
Sumber: Instagram