Sekadar gambar hiasan
Seorang lelaki di Indonesia ditahan polis selepas didakwa menikam seorang wanita sehingga mati dalam satu kejadian pada 10 November lalu.
Mangsa pernah mimpi dibunuh suami
Memetik laporan Merdeka, seorang wanita yang dikenali sebagai Fiska Devia Nurmiftahulilmi memuat naik satu hantaran Facebook yang mendakwa sekiranya dia meninggal dunia, pihak berkuasa perlu mencari suaminya.
Apabila saya mati (tak pasti bila terjadi), bererti pelakunya adalah suami saya sendiri.
Mangsa juga mengakui kehidupannya tidak bahagia dan kemungkinan akan meninggal dunia akibat dibunuh. Difahamkan, mangsa dikatakan sering bermimpi dibunuh oleh suami sendiri. Rumah tangga mangsa dan suaminya juga dilanda badai sehingga mereka nekad untuk tinggal berasingan. Lebih menyedihkan apabila mangsa mendakwa pernah mengadu kepada mentuanya tentang perihal suami, namun perkara tersebut tidak dipedulikan.
Sehinggalah pada suatu hari mangsa maut akibat ditikam ‘individu tidak dikenali’ semasa menghantar anaknya ke sekolah.
Meskipun suspek telah ditahan tetapi pihak berkuasa enggan mendedahkan identiti suspek. Namun ramai percaya bahawa mangsa sebenarnya telah dibunuh oleh suaminya sendiri.
Sumber: Merdeka