Pasangan tular membawa bayi lelaki yang menghidap paru-paru kronik tidak melarikan diri seperti yang dihebohkan sebaliknya mereka sedang menguruskan proses pernikahan.
Artikel Berkaitan: Pasangan Viral Bawa Anak Pakai Alat Pernafasan Dipercayai Sudah Menghilangkan Diri, Tak Jawab Panggilan Telefon & Mematikan Talian
Artikel Berkaitan: Rezeki Anak Terus Melimpah, Bapa Mohd Aariz Zafran Syukur Tauke Kereta Terpakai Hadiahkan Proton Persona
‘Saya tak larikan diri’
Bapa kepada bayi lelaki berusia 11 tahun, Mohd Aariz Zafran iaitu Mohd Izlan Ishak, 35, menjelaskan bahawa tidak semua perkara perlu dihebahkan kepada umum.
Ada masalah jadi saya pergi selesaikan dahulu. Tak akan setiap kali selesai (masalah) nak buat video tunjuk kepada semua?
Dalam pada itu, Izlan berkata, baru sekarang dia berkesempatan untuk meneruskan proses pernikahan itu kerana sebelum dia berdepan dengan masalah kewangan.
Sebelum ini saya tak berkemampuan kerana dahulukan belanja anak tapi kini ada kesempatan jadi dapatlah saya uruskan hal perkahwinan.
Saya tidak lari ke mana pun, ada saja di sini.
Sementara itu, Izlan menafikan dakwaan pasangannya, Nurhidayu Halim, 35, menggunakan wang bantuan sebanyak RM20,000 untuk membeli barang kemas. Malah akui dia juga tidak tahu berapa jumlah keseluruhan wang bantuan yang diterimanya.
Saya pun tak periksa akaun bank, buat apa periksa kerana duit sumbangan orang masih ada pada tangan, jadi gunakan yang itu dulu. Bukan nak menyombong, cuma sebelum ini ada RM50 dalam tangan pun dah cukup, dan sekarang lebih daripada itu jadi saya syukur, Alhamdulillah.
Mana bukti jika ada (barangan kemas RM20k). Cincin sebentuk RM800 adalah, itu pun nak buat kahwin dan bakal mak mentua belikan, siap ada resit.
Berikutan daripada itu, Izlan berharap agar orang ramai tidak membuat tuduhan melulu dan menfitnah dirinya dan pasangan.
Setakat ini ada yang datang jumpa saya mohon maaf sebab saya buat laporan polis berhubung isu beli barangan kemas RM20,000. Ikut hati nak saja bawa mereka yang berkenaan ke mahkamah tapi tak sampai hati kerana saya pun pernah kesempitan wang, jadi maafkan. Lagipun saya juga ada hati dan perasaan.
Dalam pada itu, Pengerusi Qariah Masjid Al Maarufi Seberang Kota iaitu Muhammad Hazamer Muslim mengesahkan Izlan dan pasangannya telah datang ke pejabatnya dengan membawa dokumen penting untuk proses pernikahan.
Sumber: Harian Metro