berita

Minta Bayaran RM6.7 Juta Untuk Berlakon Filem, Kareena Kapoor Dikecam Dah Hilang Akal

June 14th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Twitter, tanda pagar #BoycottKareenaKapoorKhan menjadi trending dalam kalangan pengguna media sosial di India. Hal tersebut dipercayai berpunca apabila pelakon, Kareena Kapoor meminta bayaran yang tidak masuk akal untuk menjayakan satu watak dalam sebuah filem.

Ditawar pegang watak Sita

Menerusi laporan FilmFare, Kareena baru-baru ini ditawarkan untuk membawa watak sebagai Sita dalam filem Alaukik Desai’s Sita: The Incarnation, karya K Vijayendra Prasad. Kontroversi tersebut tercetus apabila Kareena didakwa meminta bayaran sebanyak RM6.7 juta untuk watak tersebut sekali gus menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen di India.

Tak jaga sensitiviti agama

Susulan daripada itu, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati kerana Kareena seolah-olah mengguris hati dan menyentuh sensitiviti masyarakat Hindu apabila meletakkan bayaran yang tidak masuk akal bagi membawa watak itu. Segelinitir netizen berpendapat Kareena tidak layak membawakan watak itu dan ia sepatutnya lebih sesuai dibawa pelakon lain seperti Yami Gautam atau Kangana Ranaut.

Selain Kareena, suaminya yang juga pelakon, Saif Ali Khan turut terheret dalam kontroversi itu dan didakwa tidak menjaga sensitiviti agama dalam drama bersiri Tandav lakonannya.

Sumber: FilmFare

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×