berita

Minta Kek Hiasan Kartun Pikachu Sempena Hari Lahir, Kanak-Kanak Menangis Bila Ibu Beri…

January 13th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Ulang tahun kelahiran seorang kanak-kanak di Shanghai, China bertukar menjadi ‘tragedi’ untuknya apabila ibu kepada kanak-kanak itu membuat jenaka menempah kek dengan hiasan buku teks.

Kek asalnya hiasan Pikachu

Tular di laman sesawang Weibo satu hantaran seorang ibu yang menempah kek sambutan ulang tahun kelahiran anaknya dengan hiasan buku teks.

Ibu kepada budak tersebut yang dikenali sebagai Zhang telah menempah kek untuk ulang tahun ke-11 anaknya yang bukan saja dihiasi buku teks, malah ditambah pula tulisan ‘bumi tidak akan terhenti untuk hari ini, siapkan kerja rumahmu’.

Menurut Zhang, anaknya pada asal meminta kek hiasan kartun Pikachu, namun disebabkan tarikh peperiksaan akhir yang semakin hampir dan anaknya sering meluangkan masa dengan permainan, dia mengubah hiasan kek tersebut sebagai peringatan.

Dalam video yang dikongsikan, kanak-kanak itu terus menangis selepas melihat kek yang dihias buku teks tersebut.

Netizen tak setuju, anggap ibu toksik

Gambar sekadar hiasan

Hantaran tersebut telah mencetuskan perbincangan lebih kurang 200 ribu pengguna Weibo, dan kebanyakan mereka tidak bersetuju dengan tindakan ibu itu.

Netizen berkata, ulang tahun kelahiran merupakan hari yang istimewa buat semua individu lebih-lebih lagi, untuk kanak-kanak. Mereka pasti teruja untuk melihat hadiah yang bakal diterima. Namun begitu, kanak-kanak tersebut menyambut dengan tangisan.

Sumber: Today’s Hot News (China)

SKIP THIS AD ×