berita

Minta Wang Tebusan RM154 Juta, Datuk Seri Diculik Ketika Jogging Ditemui Mati

June 27th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pihak polis menemui mayat seorang lelaki dipercayai ahli perniagaan bergelar Datuk Seri di kawasan belukar di Batu 27, Jalan Rawang, Bestari Jaya, hari ini. Susulan penemuan mayat tersebut, tujuh lelaki termasuk seorang warga Bangladesh berjaya ditahan oleh polis kerana disyaki menculik lelaki berusia 55 tahun itu.

Wang tebusan RM154 juta

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan Harian Metro, perbuatan kesemua suspek yang berusia 30 hingga 50 tahun itu terbongkar selepas hasil siasatan dan penahanan mereka menerusi beberapa siri serbuan di sekitar Selangor sejak semalam. Kesemua mereka turut dipercayai mengimpikan wang tebusan S$50 juta (RM154 juta) bagi melunaskan hutang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat memaklumkan hasil siasatan ke atas suspek membawa kepada penemuan mayat mangsa di kawasan belukar di Batu 27 Jalan Rawang, hari ini.

Mangsa yang juga pemaju hartanah diculik ketika sedang berjoging di taman permainan di Jalan Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya pada 10.30 pagi, 10 Jun lalu. Keluarga menyedari kehilangan mangsa pada tengah hari pada hari sama selepas menerima panggilan telefon daripada nombor tidak dikenali yang meminta wang tebusan sebanyak S$50 juta. Berikutan itu, keluarga mangsa melaporkan kejadian kepada polis.

Mayat sudah reput

Jelas beliau lagi, suspek dipercayai menyembunyikan mangsa di Taman Kosaso di Hulu Selangor, hari ini. Hasil risikan dan siasatan, pihak polis berjaya menahan suspek termasuk dalang utama yang dikenali mangsa dalam serbuan berasingan. Ujar beliau lagi, suspek mendakwa mangsa meninggal dunia selepas tiga atau empat hari diculik sebelum mayatnya dicampak ke dalam belukar.

Polis ke lokasi kejadian dan menemui mayat mangsa dalam keadaan sudah mereput,” katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk bedah siasat.

Lima daripada suspek direman antara lima hingga tujuh hari bermula hari ini dan dua lagi suspek masih dalam proses permohonan reman. Polis juga sedang menunggu laporan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian. Kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan iaitu menculik dan Seksyen 3 Akta Culik 1961.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×