berita

“Minum Air Dalam Pokok!” – Nabil Kongsi Pengalaman Percutian Luar Biasa Di Malaysia

March 29th, 2019 | by Asyraf Khalib
Sponsored Post

Sebut je pasal bercuti, mesti korang dah excited kan? Admin pun sama! Yelah, dah lama sangat tak pergi bercuti. Makin geram bila tengok kawan-kawan upload gambar diorang pergi travel dekat luar negara. Arghh.. jelesnya!

Tapi admin ni jenis suka melancong dalam negara sendiri. Cewah! Tapi serius, tempat-tempat kat Malaysia ni pun apa kurangnya. Ada yang lagi cantik daripada luar negara. Nabil Ahmad pun cuti sekolah ni bawak keluarganya holiday kat Malaysia je. Ke mana Nabil pergi agaknya?

1. Desaru Coast, bilik penginapan luas & selesa

Benda paling penting waktu travel mestilah bilik yang selesa kan? Terutamanya kalau bercuti dengan family. Kalau boleh nak yang ada ruang tamu. Korang tengoklah sendiri hotel yang Nabil tidur ni, cantik dan luas weh. Kalau admin yang stay sini rasa macam sayang nak keluar bilik.

Di Desaru Coast, korang ada dua pilihan hotel untuk menginap iaitu Hard Rock Hotel Desaru Coast dan The Westin Desaru Coast Resort. Dua-dua pun best. Tapi kalau korang nak tiru Nabil, boleh la menginap di Hard Rock Hotel.

 

2. Makanan dah tentu sedap… Siap boleh dine-in dalam bilik lagi!

Alang-alang pergi bercuti mesti kena makan yang sedap-sedap. Korang dah tak payah susah hati lagi kalau ke Desaru Coast sebab makanan dekat sana banyak pilihan dan semuanya sedap-sedap. Bermula daripada breakfast sampai la ke dinner. Semua best! Siap boleh minum air dalam batang pokok lagi!

Part makan paling admin suka, waktu Nabil dengan family dinner dalam bilik tidur guys. Yes, dalam bilik! Kalau korang dah penat sangat have fun dekat waterpark, korang boleh je order makanan dan request untuk dine-in dalam bilik. Kerlasss gitu!

3. Permainan air banyak sangat sampai tak habis main

Paling penting, korang yang plan nak datang Desaru Coast ni sebaiknya tak boleh takut air. Korang akan menyesal sebab tak dapat main bermacam-macam permainan air di Desaru Coast Adventure Waterpark yang berkeluasan lebih kurang 21 ekar dan bertaraf dunia. Admin tengok Nabil dengan family macam tak habis main je semua permainan tu. Yelah, terkejut admin pun tengok waterpark yang terlebih besar macam ni.

Kalau korang nak tahu, di Desaru Coast Adventure Waterpark ada lebih kurang 5 Zon permainan antaranya ialah Penawar Falls, Penawar River, Shipwreck Reef, Tidal Wave Beach dan Kids Ahoy. Fakta menarik! Tidal Wave Beach Desaru Coast antara yang terbesar di dunia tau.

Dan kalau korang bawa anak-anak, Zon 5 iaitu Kids Ahoy adalah antara zon wajib korang pergi! Tapi masalahnya tempat permainan kanak-kanak pun Nabil cakap terlalu luas. Parents pun boleh pengsan join main dekat situ.

 

4. Siap boleh belajar main golf

Tak cukup dengan permainan air dekat Desaru Coast Adventure Waterpark, korang boleh juga try main golf di ELS Club Desaru Coast. Jangan risau, kalau korang tak pandai main golf, dekat situ ada cikgu yang akan ajar korang sampai power! Tengoklah Nabil sekeluarga, bukan main seronok pukul bola golf.

Paling penting, admin teruja tengok diorang punya padang golf yang terletak berhampiran dengan persisiran pantai. Bayangkan tengah main golf kena pulak angin pantai bertiup sepoi-sepoi bahasa. Fuhhh.. Layan betul. Bila lagi kan nak berangan.

5. Pantai yang cantik

Bonus dan agak luar biasa untuk admin sebab Desaru Coast ni berada dekat sangat dengan pantai. Tak macam waterpark yang lain kat Malaysia ni tau. Selalu ada kat tengah-tengah bandar atau hutan. Sebab tu admin cakap tempat Nabil dan keluarga bercuti kali ni luar biasa. Dah macam dekat overseas!

Korang tengok la sendiri betapa luas dan cantiknya pantai Desaru Coast ni. Kalau dah rasa letih main dekat waterpark, boleh la jalan-jalan kat persisir pantai sambil ambil angin dan selfie. Confirm puas hati.

Jom ke Desaru Coast, Johor!

Admin dah tak sabar ni nak apply cuti. Serius Desaru Coast dah masuk wish list tempat percutian untuk tahun 2019! Bagi korang yang tengah cari tempat untuk berbulan madu. Admin rasa Desaru Coast ni pun dah terlebih romantik untuk raikan cinta. Cewah!

Bagi yang berkeluarga atau nak datang dengan kawan-kawan pulak, tolong la ajak admin sekali. Eh! haha. Korang boleh tengok video Nabil dan keluarganya ke Desaru Coast, Johor kat bawah ni. Jangan lupa share dengan kawan-kawan tau. Maklumat lanjut tentang pelbagai pakej dan harga tiket, anda boleh klik Desaru Coast!

 

https://www.facebook.com/desarucoastmalaysia/posts/578531955963989/

 

+603-2203-9696
Desaru Coast
No. 4 Jalan Danau, Desaru Coast,
81930 Bandar Penawar,
Johor Darul Ta’zim, Malaysia

SKIP THIS AD ×