
Minum susu sebelum tidur sering dianggap sebagai rutin biasa, namun amalan ini sebenarnya memberi pelbagai manfaat kepada tubuh.
Artikel Berkaitan: Buah Pisang Bantu Tingkatkan Kualiti Tidur & Kurangkan Risiko Kemurungan
Artikel Berkaitan: Khasiat Kismis Untuk Otak, Jantung & Tenaga Harian
Kebaikan minum susu

Minum segelas susu sebelum tidur memberikan pelbagai manfaat kesihatan kerana kaya dengan protein, kalsium, vitamin B dan nutrien penting lain yang menyokong fungsi tubuh.
Kandungan karbohidrat yang terkandung dalam susu dapat membantu mengekalkan tenaga, mengurangkan rasa lapar pada waktu tengah malam dan mengelakkan tabiat makan snek yang kurang sihat.
Selain itu, pengambilan susu pada waktu malam juga dapat membantu tubuh menyerap nutrien dengan lebih berkesan, menyokong keseimbangan tenaga serta meningkatkan kesihatan fizikal dan mental pada waktu pagi.
Dengan cara ini, tubuh badan anda akan berasa lebih bertenaga, dan bersedia menjalani aktiviti harian.
Susu turut memberi kesan positif terhadap kualiti tidur kerana ia mengandungi triptofan, iaitu sejenis asid amino yang merangsang pengeluaran serotonin untuk menenangkan minda, mengawal mood, dan membantu tubuh berasa lebih relaks.
Serotonin seterusnya merangsang penghasilan hormon melatonin yang mengawal kitaran tidur, membantu menghasilkan tidur berkualiti serta menyokong proses pemulihan tubuh pada waktu malam.
Pengambilan susu turut menyokong kesihatan tulang dan otot, kerana semasa tidur tubuh menjalani proses pembaikan tisu, yang terdedah kepada tekanan atau keletihan akibat aktiviti harian.
Nutrien dalam susu juga berperanan menguatkan tisu dan jika diambil dengan konsisten sebelum tidur, proses pemulihan tubuh dapat berjalan lebih berkesan, serta menyokong kesihatan.
Sumber: Rapi








