Vitamin C antara vitamin yang penting untuk tubuh badan. Ia merupakan salah satu vitamin yang larut dalam air (asid askorbik). Badan kita tak boleh hasilkan vitamin C, sebab tu kena ambil dari sumber luar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
Orang kata, kalau nak badan sihat dan kulit cantik kena amalkan pengambilan vitamin C selain menjadi nutrisi penting bagi meningkatkan imunisasi tubuh. Sekarang ramai berlumba-lumba mendapatkan suplemen vitamin C. Selain suplemen, ada cara lagi mudah untuk dapatkan vitamin C yang mencukupi tau.
Vida C, minuman sparkling vitamin C pertama siap diminum di Malaysia!
Siapa kata susah nak dapat vitamin C sekarang? Haa.. Lagi senang kalau korang minum minuman terbaru daripada vida Malaysia iaitu Vida C. Kalau nak tahu, Vida C merupakan minuman sparkling vitamin C pertama di Malaysia tau. Korang boleh bukak dan terus minum kat mana-mana je!
Mengandungi 1000mg vitamin C
Apa keistimewaan Vida C? Haa, Vida C merupakan satu-satunya minuman sparkling di pasaran yang mempunyai vitamin C lengkap! Setiap tin minuman Vida C mengandungi 1000mg vitamin C. Untuk pengetahuan korang, sukatan vitamin C sebanyak 1000mg ni sangat disyorkan dalam kehidupan seharian untuk meningkatkan imunisasi tubuh badan tau.
Tampilkan dalam dua perisa sedap, Oren & Lemon
Vida C datang dalam 2 perisa iaitu Oren dan Lemon. Paling menarik, satu tin Vida C perisa Oren mengandungi vitamin C bersamaan 19 biji oren. Manakala, satu tin Vida C perisa Lemon mengandungi vitamin C bersamaan 18 biji lemon. Fuuhhh, korang try sebab serius sedap!
Bantu meningkatkan sistem imun tubuh badan
Semua sedia maklum bahawa vitamin C penting untuk meningkatkan sistem imun dalam tubuh badan. Kandungan vitamin C sebanyak 1000mg dalam Vida C membantu korang mendapatkan keperluan vitamin C harian dan meningkatkan imuniti badan. Korang juga akan kekal sihat sepanjang hari dengannya.
Dapat kelulusan KKM & sijil Halal oleh JAKIM
Biasalah kalau ada perasaan was-was untuk minum minuman baru kan? Korang tak payah risau! Kandungan vitamin C yang disyorkan dalam Vida C diiktiraf dan mendapat kelulusan KKM. Paling penting, ia juga mempunyai logo Halal oleh JAKIM. Dijamin selamat untuk diminum!
Rendah gula, diiktiraf oleh Healthier Choice Malaysia & Singapore
Risaukan jumlah kandungan gula dalam minuman? Kalau korang nak tahu, Vida C turut diiktiraf oleh Healthier Choice Malaysia & Singapore kerana memiliki kandungan gula yang rendah. Makin yakinlah nak minum lepas ni. Lagipun, ia mudah dibawa ke mana-mana. Senang betul!
Hannah Delisha pun suka dengan Vida C!
Jangan korang tak tahu! Hannah Delisha pun suka minum Vida C ni tau. Korang bila nak try?
Hanya boleh didapati di 7-Eleven, Lazada & Shopee!
Boleh dapat kat mana Vida C ni?
Haa.. Dah mula tanya ni mesti tak sabar nak cuba minum Vida C kan? Setakat ni, Vida C hanya boleh didapati di 7-Eleven. Pergi je 7-Eleven yang berdekatan dengan korang, mesti ada punya. Lepas minum, bagitahu keluarga dan kawan-kawan pulak tau. Mereka pun nak vitamin C yang cukup jugak!
Selain mengamalkan kehidupan sihat dengan bersenam, pastikan jugak keperluan vitamin C harian korang mencukupi. Nak cegah penyakit kenalah ada sistem imun badan yang kuat. Apa tunggu lagi? Jom ke 7-Eleven dan dapatkan Vida C segera!
Selain di 7-Eleven, korang jugak boleh dapatkan Vida C secara online di Lazada dan Shopee. Boleh la borong banyak-banyak dan minum bersama keluarga di rumah. Semoga korang sihat selalu di samping keluarga tersayang!
Untuk info lebih lanjut tentang Vida C, boleh LIKE dan FOLLOW vida Malaysia di Facebook dan Instagram mereka. Jangan lupa dapatkan Vida C di 7-Eleven berdekatan serta secara online di Lazada dan Shopee hari ni.
- Facebook: vida Malaysia
- Instagram: @vidamalaysia
- Lazada: DyDo Drinco
- Shopee: DyDo Drinco Malaysia
#vidamalaysia #brandfromJapan #VitaminC