berita

Minum Vida Untuk Kekalkan Hidrasi Tubuh Walaupun Duduk Kat Rumah, Badan Jadi Lebih Segar!

April 17th, 2020 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Badan selalu letih dan lesu walaupun duduk di rumah sepanjang hari? Korang mungkin dah mengalami dehidrasi, iaitu kekurangan air dalam badan. Kalau kandungan air dalam badan tak cukup, kecergasan fizikal korang akan terjejas. Nanti nak buat aktiviti apa-apa pun dah tak larat.

Duduk kat rumah pun, korang kena pastikan tubuh badan korang kekal hidrasi sepanjang hari. Sesetengah orang sampai terlupa minum air yang cukup sebab khusyuk tengok movie. Bahaya tu. Macam mana nak kekalkan hidrasi tubuh walaupun duduk kat rumah?

Minum la Vida supaya badan segar sepanjang hari!

Kami cadangkan untuk minum Vida, sparkling water berperisa terbaru dari Jepun. Tak tahu sparkling water tu apa? Sparkling water adalah air yang memiliki kandungan karbon dioksida tanpa bahan pengawet. Senang cerita, Vida ni minuman berkarbonat yang berkhasiat!

Vida baru je diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2019. Tak sangka jugak minuman terbaru ni telah mendapat banyak review yang bagus daripada orang ramai. Tak percaya? Cuba tengok kat bawah.

 

Rupanya ramai yang dah cuba minum Vida ni. Rata-rata semuanya cakap sedap dan badan rasa fresh gila lepas minum! Korang pun mesti tak nak ketinggalan untuk cuba minuman terbaru ni kan? Ni antara perkara menarik tentang Vida yang buat ramai sukakannya.

Janna Nick yang jadi duta khas untuk Vida!

Oh, patut la ramai yang pakat suka minum Vida ni. Rupanya Janna Nick yang jadi duta khas untuk Vida. Bukan main lagi. Semua nampak Janna Nick minum, korang pun ikut. Eh, bukan sebab tu je? Habis tu yang korang ramai-ramai beli ni dah kenapa. Rupa-rupanya..

Vida didatangkan dengan 4 perisa berbeza tapi semuanya sedap.

Tak sangka! Vida ni hanya ditampilkan dalam bentuk tin dan mempunyai 4 perisa berbeza, iaitu Clear Cider, Clear Lemon, MintyLime dan Clear Honey. Mana satu yang sedap? Semuanya sedap dan menyegarkan! Korang cuba la semua perisa nanti ya.

Kandungan gula di dalam Vida sangat rendah.

Kredit: Instagram arifffahmad

Kenapa awal-awal tadi kami kata Vida ni minuman berkarbonat yang berkhasiat? Sebab kandungan gula di dalamnya adalah tiga kali lebih rendah berbanding minuman berkarbonat biasa. Tak perlu risau berat badan naik atau masalah kencing manis lepas ni. Syoknya.

Tiada bahan pewarna digunakan di dalam Vida.

Dalam Vida ni ada guna bahan pewarna tak? Sesetengah orang takut nak minum minuman berkarbonat kalau ada bahan pewarna. Biasa la tu. Tapi buat pengetahuan korang, Vida memang tidak mengandungi mana-mana bahan pewarna langsung. Sumpah best.

Dijamin halal dan Vida selamat untuk diminum.

Kredit: Instagram anisnashwa

Vida ni selamat ke untuk diminum? Jangan terkejut ya. Untuk makluman, Vida telah mendapat Sijil Pengesahan Halal oleh JAKIM tau. Boleh tengok ada logo Halal pada tin minuman tu. Jadi, ia dijamin selamat untuk diminum. Bagusnya.

Laa.. Patut la korang suka minum Vida ni. Rupanya sebab bagus untuk kesihatan. Badan pun boleh kekal hidrasi dan sentiasa segar sepanjang hari kalau minum Vida. Elok sangat la tu. Alang-alang duduk rumah ni, kesihatan badan pun kena jaga. Tak gitu?

Vida ni boleh dapat kat mana? Boleh beli online tak?

Alamak, tekak macam dahaga la pulak. Sekarang korang mesti terfikir kat mana nak cari Vida ni kan? Kedai dah la banyak tutup. Buat masa sekarang, korang boleh dapatkan Vida di kedai-kedai serbaneka seperti 7-Eleven, KK Super Mart, Kedai Mesra Petronas dan BHPetromart ya.

Kami faham dengan keadaan sekarang yang tidak membolehkan korang untuk selalu keluar rumah. Jadi, kami nak bagitahu satu berita baik. Korang boleh jugak dapatkan Vida secara online di Lazada, Shopee dan Jocom. Boleh order secara online kat rumah je. Seronoknya.

Korang kena kekalkan hidrasi walaupun duduk kat rumah sepanjang hari. Kalau tak jaga kesihatan, macam mana nak buat aktiviti dengan keluarga kat rumah. Badan korang akan terasa lebih segar lepas minum Vida. Nanti cuba okay?

Nak tahu perkembangan terkini tentang Vida? Korang boleh LIKE dan FOLLOW mereka di Facebook Page vida Malaysia dan Instagram @vidamalaysia.

Semoga korang sentiasa segar dan sihat sepanjang hari di samping keluarga tersayang. Jangan patah semangat ya. Duduk je kat rumah elok-elok. Jaga diri semua!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×