Pelakon jelita, Mira Filzah berkongsi cara dirinya menjaga ibadah solat meskipun perlu menjalani kesibukan harian bekerja sebagai seorang selebriti.
Artikel Berkaitan: Mira Filzah Tak Melatah Nama Tersenarai – ‘Siapa Dah Lama Follow Mesti Tahu Apa Yang Saya Repost’
Jadikan rutin harian
Menurut pemilik nama Nur Amirah Filzah Badioezaman ini, seseorang itu perlulah menjadikan ibadah solat sebagai rutin harian supaya dapat memupuk sikap disiplin yang berterusan dalam diri.
Emm macam mana ya nak cakap, bila kita jadikan ia (ibadah solat) sebagai rutin, kita akan terbiasa dan rasa pelik dan janggal. Eh, tak boleh lah kalau tak buat.
Contoh macam awak bangun pagi, keluar pergi (tapi) tak gosok gigi. Huhu, tak boleh kan?
Mira berkongsi cara tersebut selepas mendapat pertanyaan daripada seorang pengikutnya menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story).
Dalam pada itu, pelakon drama ‘Meh Sandar Pada Aku’ memaklumkan dirinya sebagai seorang manusia biasa juga ada kekurangan dalam mengerjakan solat namun akan cuba sedaya upaya untuk memperbaiki ibadah tersebut.
Saya pun ada juga kadang-kadang terlajak, terlambat, tertinggal, terpaksa qada’ dan sebagainya.
Tapi kita sama sama perbaiki lah. Yang penting, usaha, buat juga.
IG Story Mira Filzah
Sumber: Instagram Mira Filzah