Pelakon Mira Filzah sudah bersedia untuk menimang cahaya mata kedua berikutan anak sulungnya sudah memasuki usia tiga tahun.
Artikel Berkaitan: Mira Filzah Kongsi Pengalaman Pertama Kali Buat Umrah Sebagai Seorang Ibu & Isteri – ‘Tawaf Tujuh Kali Sambil Dukung Amir’
Artikel Berkaitan: Mira Filzah Kongsi Tips Untuk Jaga Solat – ‘Bila Kita Buat Sebagai Rutin Harian, Kita Akan Rasa Pelik & Janggal Kalau Tertinggal’
Menunggu rezeki
Ketika ditemui OhBulan!, Mira atau nama lengkapnya Nur Amirah Filzah Badioezaman memaklumkan bahawa dia dan suami, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khairil Anuar sebelum ini pernah merancang kehamilan untuk memberikan tumpuan terhadap anak sulung mereka.
Bagaimanapun, ketika ini mereka tidak menolak andai dikurniakan zuriat yang kedua.
Amir sekarang sudah berusia tiga tahun, jadi kami bersedia untuk memiliki zuriat lagi. Dalam masa yang sama, saya pun berharap ada rezeki.
Sebelum ini, kami ada hadkan untuk hamil sebab anak masih kecil tetapi sekarang jika ada rezeki kami terima.
Mira berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama Gadis Masa yang berlangsung di Aloft Kuala Lumpur, pada Selasa.
Tak cegah kehamilan
Dalam pada itu, pelakon filem Rise: Ini Kalilah tersebut berkata, dia dan suami sama sekali tidak pernah mengambil sebarang kaedah untuk mencegah kehamilan malah menyerahkan segalanya kepada rezeki Allah SWT.
Untuk cahaya mata yang kedua ini, kami ada merancang tetapi kami tidaklah mengambil kaedah pencegahan untuk hamil.
Dalam perkembangan lain, Mira bersama-sama Syafiq Kyle, Tracie Sinidol, Bella Dowanna dan ramai lagi turut terlibat menjayakan drama bersiri terbitan Viu Originals tersebut.
Sekadar info, Mira dan Emir mendirikan rumah tangga mereka pada 3 September 2020 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Wan Khair Amir yang kini berusia tiga tahun.