berita

Misha Omar Adakan Show 15 Saat?

January 20th, 2014 | by Noraniza
Lensa Insta

Screen Shot 2014-01-20 at 2.16.48 PM

Bakat besar gadis berusia 32 tahun yang berasal dari pantai timur ini memang tidak dapat disangkal lagi. Namun, sejak kebelakangan ini Misha Omar atau nama sebenarnya Samiha @ Aisah Omar dilihat agak jarang muncul di kaca televisyen atau di mana-mana majlis.

Semalam, kerinduan peminat terhadap suara lunak milik Misha Omar telah terubat apabila penyanyi tersebut berkongsi beberapa buah video nyanyiannya yang berdurasikan 15 saat menerusi akaun Instagram miliknya.

Screen Shot 2014-01-20 at 2.51.53 PM

Lagu terakhir nyanyian Misha Omar dalam show 15 saat menerusi Instagram,

Ok-ok…last song utk malam ni..lagu apa korang nak dgr?? majoritilah eh..kalau satu2 nak buat video esok pagi tak mampu den hanta anak ke sekolah..so, korang pakat2lah sebulat suara..nak dgr lagu apa? #showlimabelassaat #mishanyanyikatig

Menariknya, beberapa orang selebriti seperti Lisa Surihani, Hanis Zalikha dan lain-lain turut membuat permintaan khas kepada Misha Omar untuk mendendangkan lagu kegemaran mereka.

Tak sangka sesi #mishanyanyikatig #showlimabelassaat jadi hot pula. Terima kasih buat kalian yang bikin saya spechless!!! Terharu bila ramai yang request lagu2 hits saya! Bila saya kira-kira.ehh..banyak juga sebenarnya. Sokongan kalian benar-benar meyentuh hati saya..

Alhamdullilah perjalanan 12 tahun yang tidak sia-sia. Sokongan dan doa kalian buat saya yakin untuk terus berjalan.. terus bernyanyi dan bernyanyi untuk kalian.. TERIMA KASIH!!! Selamat malam.. kita sayang  awak ‘sokmo’

Antara lagu yang didendangkan oleh Misha Omar dalam video-video tersebut ialah ‘Bunga-Bunga Cinta’, ‘Pulangkan’, ‘Kuseru’ dan ‘Semoga Abadi’. Buat peminat Misha Omar yang ingin hilangkan kerinduan mendengar suaranya, jom sama-sama kita lihat video ini.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×