berita

Misha Omar Kahwin Tahun Depan?

August 8th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Selepas menangguhkan perkahwinan bersama tunangnya, Firos Ezzwan Rossly, Misha Omar tampil membuat pengakuan bahawa tunangnya yang juga seorang juruterbang Penerbangan Malaysia (MAS) itu bukan lelaki idamannya.

Menerusi portal hiburan Gua.com, Misha Omar mengaku bahawa beliau suka lelaki yang bersifat Metroseksual, akan tetapi ciri-ciri tersebut tiada pada tunangnya. Walaupun Firos tidak memiliki ciri-ciri lelaki idaman, Misha Omar tetap memilihnya sebagai tunang kerana Misha melihat dari  segi keikhlasan dan kebaikan hati budi yang dimiliki oleh Firos.

Menurut Misha, kalau  boleh beliau ingin menamatkan zaman bujangnya tahun depan. Oleh kerana Firos terlalu sibuk dengan komitmen kerjanya, membuatkan Misha Omar tidak mahu membuat keputusan tergesa-gesa. Firos dikatakan kini sibuk untuk selesaikan latihan penerbangannya dan dikatakan sering tertekan.

Selain itu, Misha turut mengaku bahawa hidupnya kini bertambah seimbang selepas memegang status sebagai tunang orang. Ini kerana, orang yang dicintai sentiasa berada di sisinya. Misha turut mengaku bahawa beliau merasakan perbezaan yang ketara di dalam dirinya selepas bertunang. Firos juga dikatakan sebagai pelengkap hidupnya dan sentiasa menggembirakan dirinya.

Apabila berlaku perselisihan faham antara Misha dan Firos, mereka akan berbincang dengan baik. Tambahan pula, Misha akui tempoh pertunangan ini merupakan masa yang terbaik untuk mereka belajar menyesuaikan diri antara satu sama lain.

Misha dan Firos telah mengikat tali pertunangan mereka pada 21 Februari 2012 yang lalu. Majlis dijalankan secara sederhana dan tertutup di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.

Kredit Foto : D Sayang’s Photography 

SKIP THIS AD ×