Penyanyi terkenal, Misha Omar, meluahkan rasa kecewa selepas tempat duduknya di Konsert Aura Ernie Zakri baru-baru ini dirampas oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Artikel Berkaitan: Misha Omar Mengalir Air Mata, Terharu Dengan Sokongan Penonton Di Showcase..Beri Bayangan Nak Adakan Konsert Solo?
‘Duduklah tempat sendiri’
Menerusi video yang dikongsikan di Instagram Story, Misha atau Samihah @ Aishah Omar, 43, berkata, disebabkan sikap tidak bertanggungjawab individu berkenaan, dia terpaksa berdiri sepanjang lima lagu.
Tambah pelantun lagu Bunga Bunga Cinta ini lagi, krew konsert terpaksa memeriksa tiket individu tersebut untuk mengesahkan bahawa tempat itu sememangnya milik Misha.
Saya baru pulang dari konsert Ernie Zakri. Yang saya nak cerita sekarang, kita semua beli tiket masing-masing. Jadi, duduklah tempat sendiri. Awak tahu tak, sebab awak duduk tempat saya..saya kena berdiri hampir lima lagu.
Krew terpaksa kena sahkan tiket awak. itu sebenarnya tempat saya bukan awak. Saya kasihan krew yang bekerja pada ketika itu.
Menurut Misha, lebih mengecewakan apabila individu terbabit langsung tidak memohon maaf kepadanya malah berlalu pergi tanpa rasa bersalah.
Dalam pada itu, Misha meluahkan rasa terima kasih atas usaha krew yang bertugas kerana bertindak pantas bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Awak duduk tanpa rasa dosa, awak berlalu pergi dengan senyuman tanpa minta maaf pun tidak.
Terima kasih kepada krew tersebut sebab dapat selesaikan masalah dengan cepat.
Sumber: Instagram Misha Omar