Unifi, suatu jenama yang tidak asing lagi dalam menawarkan kemudahan rangkaian jalur lebar di Malaysia baru-baru ini melancarkan Extraordinary Tour, suatu acara jelajah dengan membawa pengalaman interaktif di luar skrin dan mengetengahkan beberapa penyedia kandungan dan aplikasi penstriman popular di Unifi TV termasuk Disney+ Hotstar, Warner TV & Boomerang, BBC, Lionsgate Play, beIN SPORTS, iQIYI, WeTV dan banyak lagi!
Acara jelajah yang berlangsung dari 2 hingga 4 Disember lalu merupakan sebahagian daripada tawaran istimewa akhir tahun Unifi sebagai penghargaan selepas berjaya mencapai 3 juta pelanggan. Wow!
Menurut Ketua Pegawai Komersial TM dan Naib Presiden Eksekutif, Unifi, Anand Vijayan, Extraordinary Tour Unifi TV adalah peluang untuk mereka berinteraksi secara lebih dekat dengan masyarakat setempat dan mendalami penyelesaian inovatif baharu untuk memenuhi keperluan mereka
“Bersama-sama rakan usahasama kandungan kami, kami berbesar hati melancarkan acara ini di Pulau Pinang dan bertemu dengan para pelanggan di wilayah Utara – di mana kami berharap dapat menawarkan jalur lebar tetap, perkhidmatan mudah alih dan kandungan hiburan kepada lebih ramai rakyat Malaysia,” tambah Anand.
Misteri Unifi #BoxOfHappiness kini terjawab!
Mesti ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnya isi kandungan kotak-kotak misteri yang diletak di Gurney Plaza Mall, Taman Tasik Permaisuri, Berjaya Times Square, Setia City Mall dan Avenue K sejak 30 November lalu kan?
Haa..kalau korang nak tahu, kotak-kotak tersebut adalah Unifi #BoxOfHappiness dan kini telah dibuka untuk mendedahkan rangkaian lengkap kandungan yang tersedia di Unifi TV.
Unifi raikan 3 juta pelanggan dengan pelbagai tawaran istimewa!
Berita baik buat semua pelanggan Unifi, sebagai menghargai sokongan pelanggan setianya, Unifi menawarkan tontonan percuma semua 72 saluran Unifi TV, diskaun sehingga 50% untuk filem-filem pay-per-view Unifi TV, dan percubaan percuma aplikasi penstriman Unifi TV dari 1 Disember hingga 1 Januari 2023. Anda boleh menebus percubaan percuma aplikasi penstriman di sini.
Buat pelanggan sedia ada Unifi juga, korang boleh melanggan Unifi TV Ultimate Pack, yang merangkumi lima aplikasi penstriman dan kesemua 72 saluran premium dengan hanya RM60.
Ini juga termasuk kotak Android TV terbaharu, Unifi Plus Box, tanpa caj tambahan.
Bukan itu saja, Unifi juga menawarkan data 5G percuma untuk semua pelan tanpa had Unifi Mobile, membawa perkhidmatan 5G mampu milik kepada lebih ramai rakyat Malaysia, ditambah pula dengan baik pulih perkhidmatan jalur lebar Unifi 24 jam atau jaminan rebat RM50.
Extraordinary Tour Unifi TV bawa pengalaman menarik kepada pengunjung
Acara jelajah ini juga menuju ke wilayah Selatan dan Tengah dengan menjanjikan pengalaman menarik kepada para pengunjung dengan beberapa aktiviti seperti Sudut Kanak-kanak Disney+ Hotstar, Nerf Ambush Lionsgate Play, pertandingan subbola beIN SPORTS, dan kamera putaran 360 darjah BBC.
Selain itu, pengunjung juga boleh mengambil gambar dengan karakter-karakter kegemaran mereka, di samping berpeluang menikmati persembahan serta beramah mesra dengan selebriti terkenal seperti Masdo, Talitha, Shawn Lee, Nazim Othman dan Ruhainies.
Jelas Anand, Unifi akan terus meningkatkan perkhidmatan digital mereka dengan lebih banyak kandungan dan saluran melibatkan rakan usahasama premium tempatan dan antarabangsa, serta mengukuhkan komitmen mereka untuk memacu Malaysia digital.