berita

Misteri Penemuan Mayat Tertiarap Di RnR Terbongkar, Ajakan Kahwin Berakhir Dengan 17 Tikaman

May 19th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Tanpa kita sedari, kes jenayah terutamanya melibatkan pembunuhan seringkali terjadi di Malaysia mahupun luar negara. Seperti perkongsian seorang bekas peguam iaitu Sir Kamarul di laman Twitter miliknya dengan menceritakan kembali tentang satu kisah pembunuhan tragis yang berlaku di salah sebuah Kawasan Rehat dan Rawat (RnR).

Pembunuhan di RnR

Menerusi kisah yang dikongsikan Sir Kamarul, dia memberitahu bahawa kejadian pembunuhan yang berlaku di RnR itu disedari oleh orang awam yang yang melalui kawasan tersebut. Saksi ternampak satu mayat tertiarap di kawasan kaki lima sebelum dia bertindak melaporkan kepada pihak polis.

Leher mangsa ditikam

Sebaik sahaja selepas menerima laporan, pihak polis bergegas ke lokasi kejadian dan membuat pemeriksaan terhadap mayat mangsa. Mangsa adalah seorang perempuan dan lebih mengejutkan apabila mendapati mangsa mati dalam keadaan tidak berpakaian. Bukan itu sahaja, terdapat banyak kesan tikaman pada bahagian badan mangsa dan lehernya juga telah dikelar.

Suspek berpakaian seragam tentera

Mayat mangsa telah dicam oleh anak mangsa. Menceritakan kisah itu, anaknya memberitahu bahawa ibu mereka sebelum ini telah dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumah. Tidak lama kemudian, pihak polis kemudian berjaya menahan suspek yang juga merupakan kenalan lelaki mangsa. Pihak polis yang berada di rumah suspek mengesyaki pasti ada sesuatu perkara yang disembunyikan oleh suspek.

Bau hanyi darah

Pihak polis kemudian menjumpai kereta kenari mangsa berada di kawasan rumah suspek. Pintu kereta tersebut dibuka dan mereka amat terkejut apabila terhidu bau hanyir darah di dalam kereta berkenaan.

Berlaku pertengkaran

Semasa disoal siasat, suspek memberitahu dia telah mengajak mangsa keluar dan berhenti di RnR untuk membincangkan sesuatu. Mangsa telah mengajak suspek untuk berkahwin tetapi pelawaannya itu ditolak oleh suspek. Berang dengan keputusan itu, mangsa yang berada di bahagian tempat duduk sebelah pemandu dikatakan telah mencekik suspek.

Kes dibicarakan di mahkamah

Suspek yang kononnya ingin mempertahankan diri telah mengeluarkan sebilah pisau dari poket pintu kereta dan acukan kepada mangsa dengan niat hanya untuk takutkan mangsa. Tetapi lain pula yang terjadi apabila suspek tanpa sengaja telah tertikam mangsa.

Perlu buktikan 4 perkara

Darah banyak di tempat duduk mangsa

Persoalan akhirnya terbongkar selepas pihak berkuasa mendapati mangsa telah ditikam teruk oleh suspek dan darah mangsa juga berada di bahagian tempat duduk sebelah pemandu.

Menikam sebanyak 17 kali

Sumber: Sir Kamarul

SKIP THIS AD ×