Selepas beberapa hari berdiam diri, Misya Mazlan akhirnya bersuara berhubung gosip suaminya, Ahmad Aslam yang dikatakan sudah bernikah dengan Marissa Dania.
Artikel Berkaitan: ‘Dari Awal Timbul Isu Ini, Saya Tak Pernah Bela & Menangkan Anak Saya’ – Abby Abadi
Artikel Berkaitan: Selepas Bertalu-Talu Dikecam Netizen, ‘Followers’ IG Marissa Dania Bertambah 13,000
Ajar hati menerima
Menerusi hantaran di Instagram Story, Misya berkata dia mengajar dirinya untuk berlapang dada dan ikhlaskan hati menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Tambahnya, dia mendidik dirinya untuk menerima kenyataan tanpa perasaan benci.
Semakin ikhlas semakin tenang. Belajarlah untuk berlapang dada, kerana tidak semua yang kita inginkan itu yang terbaik menurut Allah.
Sesulit apa pun keadaanmu, ajarilah hatimu agar bisa menerima keadaan tanpa membenci.
Dalam hantaran sama, ibu kepada dua cahaya mata itu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus menitipkan doa buatnya.
Terima kasih untuk doa yang baik dan kata-kata semangat yang indah.
Terdahulu, kecoh di media sosial apabila anak kepada pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania dikatakan sudah bernikah dengan Ahmad Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu.
Sementara itu, kakak ipar kepada Aslam iaitu Nadiah Mazlan ketika dihubungi OhBulan! mengesahkan berita perkahwinan tersebut.
Abby kemudian memuat naik hantaran di Instagram Story mengatakan dia tidak mengiyakan mahupun menidakkan gosip tersebut.
Terdahulu, Marissa didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga Aslam dengan isteri pertamanya, Misya Mazlan sehingga pasangan itu hampir bercerai.
Namun, Aslam dan Misya mengambil keputusan untuk rujuk semula selepas kontroversi itu reda.
Pada November tahun lalu, Misya yang juga ibu kepada dua cahaya mata tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan suaminya dengan model muslimah berumur 19 tahun itu.
Sumber: Instagram