Perkongsian di Instagram Story milik Misya Mazlan menuai perhatian wargamaya selepas dia memuat naik foto bersama suami, Ahmad Aslam dan dua cahaya mata mereka.
Artikel Berkaitan: ‘Berdamai Dengan Takdir Bukan Tiket Orang Lain Gulakan Dia’ – Kakak Misya Mazlan Dakwa Marissa Dania Psiko & Kaki ‘Spin’?
Artikel Berkaitan: ‘Ini Jalan Yang Saya & Aslam Pilih’ – Marissa Dania Buka Mulut Isu Nikah Secara Senyap, Tampil Mohon Maaf
Lengkap satu keluarga
Menerusi perkongsian tersebut, keluarga kecil Misya itu dilihat mengenakan baju sedondon bercorak petak-petak berona hitam dan coklat.
Misya juga dilihat mengukir senyuman di bibir tanda dirinya gembira bersama suami dan anak-anaknya.
Selain itu, madu kepada Marissa Dania itu turut menggunakan lagu berjudul ‘Penjaga Hati’ nyanyian Nadhif Basalamah sebagai muzik latar.
Antara bait-bait lirik lagu tersebut adalah ‘karna bersamamu semua terasa indah, gundah gulana hatiku pun hancur sirna’ yang membawa maksud sekiranya bersama orang tersayang, segalanya akan menjadi baik belaka.
Terdahulu, Marissa Dania akhirnya tampil membuka mulut tentang keputusan bernikah secara senyap dengan jejaka berstatus suami orang yang dikenali sebagai Ahmad Aslam di Thailand, pada Disember lalu.
Marissa mengakui kekhilafan yang dibuat dan memohon maaf kepada semua pihak kerana mengambil masa lama untuk menjelaskan tentang pernikahannya.
Menurutnya, dia memerlukan masa dan ruang untuk menyelesaikan masalah rumah tangga tanpa campur tangan pihak luar.
Kisah mereka sudah mula diperkatakan pada September tahun lalu apabila anak kepada pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi itu didakwa sebagai orang ketiga sehingga menyebabkan Aslam dan isteri pertamanya, Misya bercerai.
Bagaimanapun mereka kembali rujuk ketika masih dalam tempoh idah.
Untuk info, Aslam dan Misya mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Hud, 3, dan Nuh, 2 tahun.
Sumber: Instagram