Sempena hari ulang tahun kelahiran Musa yang pertama, penyanyi, Mizz Nina telah memuat naik ucapan yang sangat istimewa buat anak angkatnya itu di media sosial.
Bayi yang istimewa
To my sayang Musa, hari ini kamu berusia setahun. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah kerana menghadirkan Musa dalam hidupku.
Menurut Mizz Nina, Musa seorang bayi yang sangat istimewa dan comel. Tambah Mizz Nina, anaknya itu suka ketawa dan sangat ceria dengan semua orang. Lebih bijak, anaknya suka berkongsi makanan dengan orang lain. Sebagai ibu, Mizz Nina meluahkan rasa gembira apabila Musa hadir di dalam kehidupannya. Bagi Mina, Musa merupakan amanah dan hadiah daripada Allah yang perlu dijaga sehabis baik sepanjang kehidupannya.
Menerusi posting tersebut juga, Mizz Nina berdoa agar Musa sentiasa dibawah lindungan Allah. Ujar Mizz Nina, dia berharap anaknya itu menjadi manusia yang baik, penyabar, berperikemanusiaan, sentiasa sihat dan sentiasa disayangi ramai.
Semoga dia mengikut Al-Quran dan sunnah dan memberi sinar kepada ummah. Semua orang sayang kamu. Allah sayang musa, I love u, your bapak dan all your mummies love u too.
Bapa sayang kitak
Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! Noh turut memuat naik ucapan selamat hari lahir buat Musa. Noh berkata dia sangat menyayangi anaknya itu.
Happy Birthday Musa. Bapak sayang kitak.