berita

Mizz Nina, Noh Salleh Ambil Anak Angkat – ‘Baby Musa Kini Mahram Saya’

March 4th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Hampir 11 tahun mendirikan rumah tangga, pasangan selebriti, Mizz Nina dan Noh Salleh akhirnya mengumumkan mereka kini mempunyai cahaya mata yang cukup sempurna. Berita gembira itu dikongsikan lewat malam tadi di laman Instagram Mizz Nina.

Artikel Berkaitan: Dalam Sibuk #10YearsChallenge, Mizz Nina Kongsi Kisah Hijrahnya 10 Tahun Lepas

Artikel Berkaitan: ‘Apa-Apa Boleh Jadi.. Sampai Ajal..’ – Noh Salleh Beri Hint Berhenti Dari Dunia Muzik?

Ambil masa setahun untuk buat keputusan

Foto: Instagram Mizz Nina

Menerusi Instagram Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina binti Azman, dia memaklumkan yang bayi bernama Musa itu kini sudah tiga bulan menjadi sebahagian daripada hidup mereka berdua. Mizz Nina juga sempat berkongsikan perjalananan dan perjuangan mereka bagi memperolehi seorang zuriat walaupun bukan dari rahimnya.

Alhamdulilah sudah 3 bulan kelahiran bayi Musa, kami bersyukur kepada Allah atas kurniaan dan doa yang indah ini. Saya dengan selamat boleh mengatakan bahawa dia adalah mahram saya sekarang. Perjalanan yang panjang untuk sampai ke tempat kita hari ini, melalui operasi iui, ivf, selama bertahun-tahun, Allah menganugerahkan kami bayi yang manis ini melalui cara lain, dan itu semua sudah pasti.

Menurut Mizz Nina, dia mengambil masa lebih daripada setahun untuk membuka diri dan akhirnnya bersedia mengambil Musa sebagai anak angkat. Dia berkata, aktiviti kemanusiaan yang mereka berdua giat lakukan juga menjadi antara penguat semangat untuk dirinya membuka hati untuk membuat keputusan tersebut.

Perjalanan kemanusiaan kami juga sangat membantu saya dalam membuat keputusan ini, terdapat banyak bayi dan kanak-kanak di luar sana tanpa seorang atau kedua-dua ibu bapa, tanpa cara atau tempat yang boleh mereka hubungi ke rumah dengan keluarga yang menyayangi mereka.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian banyak pihak yang turut gembira dan terharu atas kehadiran seorang zuriat buat pasangan romantis ini. Mizz Nina dan Noh mengakui sangat bersyukur kerana diberi anugerah yang tidak ternilai dan berpeluang menjadi ibu bapa selepas lama hidup berdua.

Rata-rata warganet serta rakan artis mengucapkan syukur kepada pasangan selebriti itu dan mendoakan agar Musa menjadi seorang anak yang soleh di masa hadapan.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×