Penyanyi, MK K-Clique mengaku Siti Hajar merupakan teman yang rapat dengannya selain istimewa buat masa ini. Ujar MK wanita itu merupakan tulang belakang dalam kerjayanya.
Artikel berkaitan: MK K-Clique Nafi Dah Kahwin, Minta Maaf Pada Peminat Yang ‘Broken Heart’
Orang yang paling rapat dengan saya
Dia antara yang saya boleh katakan rapat dengan saya. Nak kata istimewa, ramai juga istimewa seperti keluarga dan peminat yang saya hargai. Dia juga antara orang yang menyokong dan menjadi kekuatan dalam kerjaya saya.
Menerusi program Meletop semalam, MK memberitahu dia perlu melakukan banyak persiapan sekiranya berbicara mengenai topik perkahwinan. Ujar MK, dia belum fokus ke arah itu lagi dan mahu menjalani kehidupan seperti biasa dahulu. Namun, dia tetap berdoa agar benda yang baik seperti perkahwinan ini dipermudahkan oleh Allah apabila sudah sampai waktunya nanti.
Tunggu nanti bila dah sampai masa saya sudah layak menjadi individu yang lebih bertanggungjawab yang mampu menjaga keluarga dan orang sekeliling.
Sebelum ini, MK dilihat sudah ‘terbuka’ berkongsi foto dengan seorang wanita yang dipercayai kekasih hatinya. MK juga menulis kapsyen ‘saya sayang awak’ di posting berkenaan. Bukan itu sahaja, MK turut memimpin tangan wanita tersebut ketika menghadiri rumah terbuka pada bulan Syawal yang lalu.
Sumber: Meletop