berita

MK K-Clique Masih Solo, Ibu Tak Pernah Suruh Kahwin Cepat – ‘Saya Dalam Proses Memperbaiki Diri’

January 31st, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Nama penyanyi MK K-Clique sering menjadi tumpuan dalam kalangan peminat wanita. Jarang berkongsi hal peribadi di media sosial, status pemuda berasal dari negeri Sabah itu menjadi persoalan.

Artikel Berkaitan: MK K-Clique Jawab ‘Insya-Allah’ Bila Ditanya Soal Kahwin, Peminat Wanita Mula Patah Hati – ‘Habislah Satu Malaysia Murung Pula’

Belum berpunya

Ketika ditemui, OhBulan! sengaja mengusik bertanya sama ada dia sudah berpunya. Dengan tersenyum manis, MK, 26, berkata dia masih solo.

Saya belum (berpunya), insya-Allah belum, tapi insya-Allah akan. Kena selidik jauh-jauh sikit.

Saya sedang dalam proses memperbaiki diri dan menyayangi orang-orang yang ada di sekeliling. Mereka yang berada di belakang saya sekarang.

Tambah pemilik nama Muhammad Hairi Amin Hamdan, ibunya juga tidak pernah bertanya atau menggesa dia untuk berkahwin secepat mungkin.

Ibu di kampung pun tiada paksaan (tentang jodoh). Target untuk berumah tangga belum ada tapi insya-Allah tengok rezeki macam mana, kalau ada.

MK ditemui ketika majlis pelancaran telefilem Rompak di Finch @ KL, The Westin Hotel, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Selain MK, Rompak turut dibintangi oleh Zizan Razak, Daiyan Trisha, Tony Eusoff dan Siti Khadijah.

Ada alasan tersendiri

Dalam pada itu, pelakon drama The Hotel menyatakan dia ada alasan tersendiri kenapa memilih untuk tidak terbuka bercerita perihal teman wanita.

Sekarang ini, saya bekerjasama dengan banyak pihak. Jadi, saya perlu mengawal kelakuan bagi menjaga imej.

Setakat ini, saya akan kongsi sahaja kalau ada apa-apa yang perlu dikongsi. Cuma sekarang, saya nak menunjukkan imej yang baik. Menjadi contoh yang baik buat orang ramai, itu sahaja.

Sumber: Instagram @hairiwhuut

SKIP THIS AD ×