berita

Siapa Model Keturunan Bangladesh Yang Berjaya Tarik Perhatian Di Minggu Fesyen London Ini

October 25th, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Ramzan Miah antara lelaki Bangladesh yang pertama menempa sejarah apabila dia menjadi model lelaki British-Bangladesh yang muncul di pentas peragaan London Fashion Week (LFW) pada September lalu.

Pemuda berusia 25 tahun dari Luton, Bedfordshire ini mula berkecimpung dalam dunia peragaan sejak berusia 17 tahun, namun hanya mula menyertai agensi peragaan tiga bulan lalu apabila pengurusnya mendorong dia untuk hadir ujibakat untuk LFW. Usaha Miah itu bagaimanapun membuahkan hasil apabila dipilih untuk menjadi model bagi acara fesyen berprestij itu.

Tidak kira apa latar belakang – Miah

https://www.instagram.com/p/Bn3sAgAHa2x/?taken-by=ramzan_miah

 

https://www.instagram.com/p/BnvMHhJDRI-/?taken-by=ramzan_miah

Saya mengambil bahagian dalam acara ini untuk menunjukkan bahawa setiap orang adalah individu tidak kira apa latar belakang anda. Catwalk pertama saya adalah di Norwich Fashion Week. Saya datang dari jauh dan mahu berkongsi (penampilan LFW) untuk komuniti Norwich.

Menerusi Norwich Evening News, karier Miah bermula pada pertandingan persembahan fesyen di The Mall, Luton, di mana seorang ejen bakat yang melihat dia berpotensi untuk dijadikan sebagai model. Catwalk pertamanya dilakukan pada usia 22 tahun ketika dia menjadi model untuk jenama busana John Lewish di Norwich Fashion Week.

Pernah membintangi beberapa filem

Dilahirkan pada 19 Julai 1993 di Luton, Miah telah menyukai pentas peragaan sejak dari kanak-kanak, menghadiri Seni Teater Stagecoach pada usia 10 tahun.

Dia kemudian dilatih di Bird College dalam bidang teater muzikal serta tarian dan lulus pada tahun 2016. Model dari Bangladesh ini bukan hanya model profesional tetapi juga seorang pelakon yang di  dalam filem ‘Legacy,’ ‘Naca,’ ‘Ghost Story’ dan ‘The Rocketman’.

Mahu jadi inspirasi buat semua

Ia adalah momen yang sangat luar biasa. Pada masa ini, saya rasa model dari Bangladeshi tidak cukup dan saya mahu menjadi orang pertama yang memberi inspirasi dan mengubahnya.

Platform seperti London Fashion Week adalah cara terbaik untuk mempamerkan kepelbagaian dan budaya. Semua orang unik dengan cara mereka sendiri, tanpa mengira bangsa, bentuk, warna, atau berat badan

Menurutnya, dia percaya LFW adalah satu cara yang hebat untuk mempamerkan kepelbagaian dan kemunculannya di LFW itu mengejutkan orang ramai kerana fakta model dari Bangladesh jarang ada.

Sumber : Next, Ramzan_niah

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×