Pelakon dan pengacara popular, Elly Mazlein mencuri perhatian apabila memuat naik beberapa hantaran di Instagram Story mengenai sikap segelintir pihak yang didakwa suka menjadikan dirinya sebagai bahan jenaka.
Artikel Berkaitan: Elly Mazlein Bergerak Sendiri, Tidak Terikat Dengan Mana-Mana Pengurusan
Enggan berdiam diri
Menerusi perkongsian yang dibuat, pemilik nama Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi berkata dia tidak akan lantang bersuara sekiranya tiada pihak yang suka ‘mengusik’ dan menyindirnya.
Kadang-kadang, kita ini kalau baik sangat, orang pijak-pijak sampai lumat kita punya kepala lutut. Sekarang ini saya tak nak dah macam itu. Siapa usik, saya akan usik balik dia.
Sebenarnya, saya tak suka sangat ambil tahu pasal orang lain. Tapi itulah, ada seorang dua ini yang tak habis-habis sibuk pasal saya.
Tertanya-tanya juga, apa hebatnya saya ini sampai saya tak boleh keluar daripada kepala otak dia?
Susah juga jadi nombor ‘syatu’ ini. Tak apa, walau macam mana pun, saya akan kekal jadi nombor ‘syatu’ walaupun ada yang usik-mengusik di luar sana.
Tak perlu dengki dengan rezeki orang
Tambah Elly yang lebih mesra disapa Kak Lina Pom Pom berpendapat seseorang itu tidak perlu menanam sifat dengki dalam diri kerana soal rezeki telah ditetapkan Allah SWT.
Saya ini taklah pandai sangat, tapi adalah juga belajar dan dengar-dengar ceramah agama walaupun tak bertutup-tutup.
Tak payah nak kalut, Allah dah tentukan rezeki semua orang. Cuma cepat atau lambat ja, jadi sentiasalah bersangka baik dengan Allah.
Kita ini orang Islam. Malulah pasal rezeki nak huru-hara, dengki sana sini, rancang sana sini nak jatuhkan orang.
Jangan macam itu, carilah rezeki sama-sama sebab bidang kita ini pun bukannya besar sangat. Lagi pun kita ini sesama Islam.
Pengajarannya di sini, jangan kita membodohkan diri dek dengki yang menghasut diri sampai kita jadi bodoh.
Sikit-sikit tak apa, jangan bodoh terlampau bodoh sebab nampak buruk sangat.
Jaga imej sebagai wanita muslimah?
Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Janji Kekasih’ turut mengingatkan individu yang membawa imej muslimah untuk menjaga adab serta mulut supaya tidak melakukan provokasi kepada orang lain.
Sayang, seelok-eloknya kita ini, lebih-lebih lagi orang perempuan, muslimah pula itu. Kenalah jaga diri dan mulut.
Jangan buat orang, jangan ‘provoke’ orang.
Saya ini bukanlah tak boleh dibawa bergurau dengan kawan-kawan sejagat. Sama ada dengan kawan rapat, yang masih berkawan memang saya tak kisah.
Gurau kasar pun tak ada masalah. Tetapi yang ini kategori apa ya? Tak tahulah, segala-galanya berpunca daripada rezeki sahaja.
Terdahulu, Elly mencuri perhatian apabila memuat naik semula video yang memaparkan gandingan pengacara Haziq Hussni dan Jihan Muse dalam satu program terbitan sebuah stesen televisyen swasta.
Selain itu, satu lagi hantaran Instagram Story Elly ‘menyentuh’ mengenai lawak menyanyi berulang kali, main nama bapa serta taik lalat Chipsmore dari musim pertama sampailah musim puluh-puluh.
Sumber: Instagram Elly Mazlein