Pelakon yang juga merupakan pengarah berpengalaman, Mohd Nor Bond dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengalami serangan jantung di kediamannya pada Sabtu.
Artikel Berkaitan: ‘Rahim Maarof Masuk ICU Bukan Sebab Angin Ahmar’ – Pengurus
Sukar bernafas
Memetik laporan Harian Metro, Mohd Nor menjelaskan bahawa pada awalnya dia mengalami gejala seperti sukar bernafas serta sakit dada yang teruk sebelum membuat keputusan untuk pergi ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
Ketika kejadian saya berada di rumah dan tiba-tiba saya mengalami sakit dada teruk sehingga sesak nafas dan muntah.
Tanpa fikir panjang saya terus bergegas ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan untuk mendapatkan rawatan lanjut. Namun, sebaik tiba doktor memaklumkan saya mengalami serangan jantung selepas salur darah jantung tersumbat 100 peratus.
Kemudian doktor terus merujuk saya ke IJN untuk membuka saluran darah koronari yang sempit dengan meletakkan belon.
Sementara itu, pelakon drama ‘Bukan Lelaki Terhebat’ itu mendedahkan bahawa dia akan menjalani satu pembedahan bagi merawat masalah jantungnya itu pada 6 Oktober yang akan datang
Saya minta cuti rehat sekejap dan akan melakukan satu lagi pembedahan pada 6 Oktober ini. Alhamdulillah hari ini saya dibenarkan pulang dan sedang berehat di rumah.
Sebenarnya saya tak pernah hidap sebarang penyakit serius. Ini adalah pengalaman pertama dan pengajaran untuk saya supaya sentiasa menjaga kesihatan.
Mohd Nor juga sempat menitipkan nasihat buat orang ramai agar berhenti menghisap rokok demi kesihatan.
Sumber: Harian Metro