Di Instagram, Dr Say Shazril berkongsi khabar duka apabila isterinya, Dr Azura mengalami keguguran buat kali kedua.
Artikel berkaitan: ‘Kalau Boleh Tangguh Dulu Hasrat Untuk Mengandung’ – Pakar Sakit Puan
Artikel berkaitan: ‘Bunyi Remeh Tapi Selagi Tak Buang Angin Tak Boleh Cabut Drip Line’ – Dr Say Syukur Isteri Dibenarkan Pulang
Wanita lebih mengetahui badan masing-masing
Menurut Dr Say, 8 November lalu isterinya lewat datang bulan. Oleh sebab itu, isterinya telah melakukan ujian kehamilan dan ternyata ianya positif. Ujar Dr Say, dia dan isteri tidak mahu heboh mengenai berita tersebut. Ini kerana, isterinya pernah mengalami keguguran yang pertama semasa mengandung 13 minggu dahulu.
Alhamdullilah positif. Semestinya kami happy sungguh sebab kami memang plan nak anak dekat macam Ace dan Sef. Masa bini tahu yang dia pregnant Sef dulu, Ace was setahun 6 bulan. Pregnant kali ni sedikit awal, Sef setahun 3 bulan masa bini tahu dia pregnant. Tapi saya tak bising yang bini saya pregnant sebab bini pernah mengalami keguguran pertama masa dia 13 minggu mengandung.
Masa tu Ace was setahun 3 bulan, sebijik macam keadaan sekarang. Kali ni jugak bini perasan pregnancy dia “lain” sikit. Bini saya kalau mengandung alahan dia tak kuat sangat, tapi gastric dia kuat, sakit kepala berdenyut kuat. Kali ni simptom dia tengah, gastric tak berapa kuat, sakit kepala tak berapa kuat. Bini saya keep on saying “macam tak jadi je pregnancy ni”. Saya seperti biasa “lets not think about it and just go with the flow” tapi wanita lebih mengetahui badan masing.
Tambah Dr Say, jumaat minggu lalu isterinya telah turun darah dan kuantitinya agak banyak.
Bini keguguran untuk kali kedua. Semestinya dia sedih yang teramat tapi saya tahu Allah has a better plan for us. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan mungkin kali ni Dia nak kami take our time, manjakan dulu Ace dan Sef, bagi dalaman bini sembuh dulu sebelum Dia kurniakan kami rezeki seterusnya. Kalau tak, hari ni tepat 6 minggu bini mengandung tapi Allah lagi menyayangi anak kami.
Sumber: Dr Say