Pengacara dan personaliti TV, Hawa Rizwana mengakui dirinya berbesar hati kerana diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengacara tetap program MeleTop menggantikan tempat Selebriti terkenal Neelofa.
Artikel Berkaitan: Teka Teki Terjawab, Hawa Rizwana Pengacara Baharu MeleTOP, Saya Akan Cuba Yang Terbaik
Artikel Berkaitan: Sakan Berkaraoke, Netizen Tanya Hawa Rizwana Pakai Seluar Adik Siapa Tu?
Syukur dengan rezeki
Menurut wanita berusia 27 tahun ini, dia bersyukur dengan segala rezeki yang diperoleh dan menganggap peluang ini sebagai satu cabaran baharu dalam perjalanan kerjayanya.
Alhamdulillah saya bersyukur kerana ini rezeki atau perancangan yang saya sendiri tidak jangkakan. Tak pernah terfikir pun yang saya akan mengacarakan program berkonsepkan hiburan.
Pada masa yang sama, pengacara ini mengakui gementar untuk melaksanakan tanggungjawab besar yang ditinggalkan oleh pengacara terkenal, Neelofa. Namun, dia memaklumkan bahawa dirinya akan cuba memberikan yang terbaik serta akan memperkemaskan lagi segala kelebihan dan kekurangan.
Apabila sudah dipilih, sudah tentu saya akan cuba buat yang terbaik. Saya anggap peluang ini sebagai proses pembelajaran yang berterusan.
Yang baik, kita akan perkemaskan lagi manakala yang buruk pula kita akan kurangkan. Doakanlah yang terbaik untuk saya.
Malah hos-hos jemputan yang lain pula jauh lebih berpengalaman tetapi saya akan cuba serap segala perkara baik itu. Gementar dan tekanan itu pasti ada tetapi saya tidak akan sia-siakan peluang ini.
Kalau lihat pengacara sebelum ini pula, Neelofa satu nama yang sangat besar serta sudah mengacarakan program ini untuk jangka masa yang sangat lama. Penonton pun sudah sinonim dengan keserasian Neelofa dan Nabil.
‘Jangan samakan saya dengan orang lain’
Bukan itu sahaja, pengacara dan pembaca berita ini juga mengakui amat berharap agar orang ramai tidak membandingkan atau menyamakan dirinya dengan selebriti popular, Neelofa.
Siapa sahaja yang suka bila diri mereka disamakan dengan orang lain? Saya pasti semua orang mahu dikenali dan dihargai kerana diri mereka sendiri.
Apapun, saya tetap bersyukur bila perkara seperti ini berlaku walaupun perit bila selalu dibandingkan. Asalkan diri sendiri, keluarga dan orang terdekat tahu saya jadi diri sendiri, itu sudah memadai.
Saya ingin tegaskan disini, apa sahaja yang saya lalukan sama ada makan, bercakap, mengacara atau sebagainya, itu adalah diri saya Hawa Rizwana.
Terdahulu, Hawa Rizwana sah diumum sebagai pengacara tetap yang baharu program MeleTop pada 2 November lalu.