berita

‘Mohon Tangkap! Baik Tembak Je!’- Netizen Naik Angin Bila Tahu Kronogi Sebenar Kes Pesakit 1580

April 6th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Semalam viral di media sosial pendedahan sebenar daripada salah seorang ahli keluarga 5 maut akibat COVID-19 di Sarawak. Sharifah Huzaimah War Al-Edruce menceritakan kronologi kes yang berlaku di Kampung Patinggan di mana keluarganya merupakan mangsa kepada seorang rakan pejabat yang baru pulang dari Itali

Kes yang ke 1580 ini mendapat kecaman ramai netizen sehinggakan ada yang mendoakan kematiannya. Patutkah kita sebagai rakyat Malaysia mendoakan kecelakaan orang lain?

Ramai kecam

Ekoran daripada kes 1580 yang dikatakan menjadi indeks kepada 37 kes lain, rata-rata mengkritik pesakit ini sehinggakan ada yang mendoakan kematiannya. Malah reaksi netizen juga sangat menakutkan dan melampaui batas. Hal ini tidak sepatutnya berlaku memandangkan ianya bukanlah dapat menyelesaikan permasalahan ini.

Yang balik Italy elok kat ICU sekarang

Difahamkan, pesakit kes ke-1580 ini masih dalam rawatan selepas disahkan positif Covid-19. Walaubagaimanapun, disebabkan pesakit ini pada awalnya tidak bertindak mengasingkan diri, satu keluarga yang lain terpaksa menerima tempiasnya.

Tembak mati sahaja


Diharapkan orang ramai dapat bertenang dan terus berdoa supaya seluruh dunia terselamat daripada wabak ini. Mungkin hari ini nasib mereka, belum tentu esok kita terselamat.

The following two tabs change content below.