berita

Mommy Nak Menikah Lain? – Azad Jasmin

June 6th, 2013 | by Ai
Video Popular

Azad Jasmin

Nama pun artis yang popular dengan watak yang lucu, memang tak boleh dinafikan lagi bahawa Azad Jasmin memang seorang yang suka bergurau senda tak kira dimana saja dia berada.

Menerusi sebuah video Keek yang dimuatnaik oleh isterinya iaitu Eira Syazira, Azad dilihat tidak kekok untuk bergurau malah jika kita lihat dan dengar, boleh dikatakan gurauannya ini termasuk dalam kategori, ‘jika salah timing, siap kau’.

Ketika Eira sedang merakamkan aksi ibu mertuanya yang sedang bermain dengan Amarra di kerusi belakang, Azad sempat bertanyakan soalan yang membuatkan ibunya terkejut.

Eira Syazira

Eira sempat merakamkan anak dan ibu mertuanya

Kami sendiri tidak dapat memastikan perbualan mereka, mungkin ada para pembaca yang boleh menerangkan maksud jelas perbualan Azad dan ibunya. Apa yang kami faham hanyalah, ‘Nak menikah lain ka?’.

Bagaimana pun, terdapat segelintir peminat yang mengkritik Azad dan Eira kerana masing-masing tidak memakai tali pinggang keledar dan ada juga yang menasihati mereka agar sentiasa menjaga keselamatan.

Screen Shot 2013-06-06 at 12.51.16 PM

OHBULAN! sendiri setuju dengan pesanan-pesanan mereka ini. Iya lah, malang tak berbau, kan? Jom tengok video selepas ini!

SKIP THIS AD ×