berita

Mona Akhirnya Sedar Suami Curang Dengan BFF, Netizen Luah Rasa Hati!

November 5th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Hati Yang Tersakiti merupakan sebuah drama yang berkisar tentang konflik rumah tangga, kecurangan, persahabatan dan penipuan. Dibintangi oleh Nad Zainal sebagai Mona, Mimi Lana sebagai Farah Azira dan Remy Ishak sebagai Haris, drama ini kian mendapat sambutan daripada peminat drama tempatan.

Nyaris kantoi sebab butang

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia) on

Jika korang pengikut setia drama ini, korang pasti mengetahui bahawa Farah menetap bersama Mona dan Haris selepas dia berpisah dengan suaminya Adrian. Pada masa yang sama, Farah seorang yang licik dan pandai berlakon di hadapan Mona bagi mengelakkan hubungannya bersama Haris terkantoi.

Namun, dalam episod yang ke-10 baru-baru ini, hubungan di antara Haris dan Farah nyaris diketahui oleh Mona. Ini kerana, ketiadaan sebiji butang pada baju kemeja Haris sewaktu pulang ke rumah. Ketika disoal oleh Mona mengenai perkara tersebut, Haris memberitahu bahawa butang bajunya mungkin tertanggal di pejabat dan tidak disedari olehnya. Sebagai isteri, Mona berasa curiga dan bertambah pelik apabila menjumpai butang tersebut di ruang tamu rumahnya. Oleh kerana takut rahsianya terkantoi, Haris cuba untuk mengelak dan menjawab pertanyaan Mona pada ketika itu.

Akhirnya kantoi!

 

View this post on Instagram

 

the moment we’ve been waiting for #hatiyangtersakiti @dramasangat @tv3malaysia

A post shared by ??? ????? (@nad.zainal) on

Menerusi episod yang ke-12 semalam, babak yang paling dinantikan-nantikan oleh para penonton akhirnya telah tiba. Mona telah menemui sebuah telefon bimbit yang berada di dalam beg kerja Haris. Pada masa yang sama, dia ternampak kiriman mesej daripada Farah buat Haris menggunakan panggilan ‘sayang’. Reaksi terkejut jelas kelihatan di wajah Mona dan dia tidak sangka bahawa kawan baiknya itu sanggup tikam belakang.

Kecewa sebaik sahaja mengetahui hal tersebut, Mona cuba bercerita kepada ibunya dan meneruskan siasatan bagi mendapatkan bukti yang lebih kukuh sebelum menyerang Farah dan Haris. Mengenai Farah dan Haris pula, mereka turut berasa tidak sedap hati dan takut seandainya Mona mengetahui rahsia mereka.

Aku yang menggeletar

Rata-rata netizen berpuas hati apabila Mona akhirnya mengetahui mengenai hubungan Farah dan suaminya. Netizen juga meluahkan perasaan tidak sabar untuk melihat tindakan Mona untuk menyerang Farah dan Haris. Di samping itu, netizen berpendapat bahawa drama ini mempunyai banyak pengajaran dan antaranya ialah tidak mudah mempercayai orang meskipun kawan baik sendiri.

Sumber: TV3 Malaysia

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×