berita

Mona Allen Hamil Anak Kedua, Bakal Bersalin Awal Tahun 2024

December 26th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Mona Allen

Pelakon Mona Allen memaklumkan dia kini sedang hamil cahaya mata kedua.

Artikel Berkaitan: Mona Allen Tak Kisah Berat Badan Naik, Asalkan Cukup Susu Badan Untuk Anak

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hanya Pakai ‘Hoodie’ & Nampak Sebahagian Rambut, Netizen Persoal Niat Bernazar Mona Allen

Hamil anak kedua

Mona Allen

Berkongsi berita gembira itu di Instagram, Mona yang juga isteri kepada aktor Pekin Ibrahim berkata usia kandungannya sudah memasuki trimester kedua.

Syukur alhamdulillah saya dan suami bakal menerima seorang lagi cahaya mata iaitu adik kepada Petra. Insya-Allah awal tahun hadapan.

Alhamdulillah sekarang saya dah masuk trimester kedua, sudah tiba masanya saya berkongsi berita gembira ini di ruangan Instagram.

Justeru, Mona meminta orang ramai mendoakan kesihatan bayi dalam kandungan dan berterima kasih atas doa yang dikirimkan.

Masyallah tabarakallah. Doakan perjalanan kehamilan saya dipermudahkan segalanya.

Terima kasih juga atas doa semua sahabat, keluarga dan rakan-rakan Instagram yang tidak putus dan sentiasa mendoakan saya serta keluarga. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas jasa kalian semua.

Pada perkongsian sama, Mona turut memuat naik foto memperlihatkan dia mengusap perutnya dalam busana serba putih.

Sementara itu, ruangan komen dihujani dengan ucapan tahniah kepada Mona dan suami.

Untuk rekod, Pekin dan Mona mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018. Selepas empat tahun berkahwin, mereka dikurniakan putera sulung, Petra Pekin pada 31 Ogos lalu.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×